Ahad, 6 Mac 2016

Musim Kemarau 2016

Alhamdulillah. Hari ni Batu Pahat hujan. Sepanjang hari sejuk-sejuk sahaja. Hari ni saya sempat ke tempat servis kereta untuk servis kereta orang rumah yang dah sampai waktu. Pelik bila dah buat temujanji pukul 11.00 pagi, tetapi tiada dalam senarai. Disumbatkan kan juga kereta saya itu untuk servua. Orang pun tak ramai di pusat servis Honda batu pahat.

Dah lebih kurang seminggu dah tak hujan. Pokok-pokok dah mula menering. Kesian saya tengokkan. Mana-mana pokok yang dekat tu saya gagahkan juga lah nak menyiram. Mana yang jauh tu yang saya kesian sangat. Dah kering macam nak mati dah. Terutamanya pokok jagung yang tumbuh sendiri akibat benih jagung yang jatuh dari lori bulan Januari yang lepas.

Bukan susah sangat pun menyiram pokok ni. Tapi disebabkan saya gunakan air bertakung dari kolah simen, terpaksalah saya ulang isi air dalam bekas penyiram beberapa kali. Sekali di tapak semaian, sekali di bawah pokok pulasan, sekali di kawasan jagung di belakang, sekali di kawasan pokok roselle, sekali di kawasan pagar, dan last sekali di kawasan pokok cili mak. Hah.. Dah berapa banyak kali tu. Boleh sado dibuatnya.

Rumput karpet yang mana dekat sahaja saya siram, yang jauh saya mintak maap sangat-sangat tak dapat nak membantu.

Diharapkan musim kemarau ini akan cepat berakhir. Tak terbayang rasanya kalau musim kemarau ini terus berlanjutan apalagi bila terbayang keadaan yang sebegitu di padang mahsyar nanti. Allahuakbar.