Isnin, 4 Januari 2016

Tips Mudah Post Blog


Mungkin ramai dari bloggers di luar sana tu hendak bercerita di blog masing2 tapi proses untuk post blog itu sangat renyah menyebabkan ramai bloggers yang bersemangat awal-awal sahaja, sampai satu peringkat dah malas dan tak rajin nak tulis blog.

Sebab utamanya adalah kena ambik gambar, kena masukkan gambar dalam komputer atau handphone, kena bukak internet, bukak blogger.com, tampal gambar, tulis cerita, edit, hah, lepas tu baru boleh post. Tak kena gaya boleh makan setengah hari nak siapkan satu entri.

Okay hari ni saya nak kongsi satu cara yang mudah iaitu hanya menggunakan emel dari handphone masing2. Caranya cukup mudah. Ambik gambar di henset. Buka emel (gmail atau apa2) juga di henset. Tambah gambar. Karang cerita. Send emel. Siap. Tak sampai 10minit lah bagi bloggers yang dah seasoned tu.

Caranya begini:-

Aktifkan 'post by emel'
1. Sign in kepada 'blogger.com'
2. Pilih blog kita nak nak update tu.
3. Di menu sebelah kiri, klik Settings > Mobile and email.
4. Di bawah "Email", setkan emel yang unik di bawah "Posting using email"
5. Pilih samada nak terus publish, simpan sebagai draft.

Untuk post secara emel:
1. Buka emel dan gunakan title emel sebagai subjek.
2. Isi emel akan menjadi post blog kita.
3. Untuk masukkan imej, tekan "attach"
4. Hantarkan emel kepada alamat yang dah kita set tadi. (username.[secretword]@blogger.com).

Nota penting.
Jangan sesekali berkongsi emel rahsia anda ini dengan orang lain sebab mereka juga boleh post ke blog anda secara langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan