Sabtu, 14 Mei 2016

Trak Mack Sultan Johor singgah di Parit Sulong Batu Pahat Johor

Kembara Mahkota Johor Tahun 2016 kali ini menyaksikan Sultan Johor memandu sendiri Trak Mack kepunyaanya je seluruh Negeri Johor DaRul Takzim. Hari ini Baginda dijadualkan akan bertemu rakyat di kawasan Parit Sulong Batu Pahat di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

Trak yang dikatakan berharga RM1,500,000.00 ini tidak dinafikan memang cantik. Ianya ditempah khas di kilang Mack Truck di Australia. Bukan satu, tapi diberitakan bahawa Baginda Sultan membeli tiga (3) buah sekaligus menjadikan jumlah harganya RM4,500,000.00.


Trak ini bukan sahaja menjadi idaman sultan, tapi menjadi idaman semua anak jantan diluar sana mungkin kerana ramai yang mengenali trak ini bila ia pernah muncul di dalam Movie Transformers.

Jum beramai-ramai singgah di MRSM batu pahat. Aku pun nak pergi tgh hari ni insyallah.

1 ulasan:

  1. Maaf lah ye...sultan Johor ni kenapa suka sangat menayangkan hartanya pada rakyat?Apakah motif beliau berbuat begitu?Tidakkah beliau sedar yg rakyat sekarang ni begitu tertekan dengan kos sara hidup yg begitu tinggi ni...adakah sulatan Johor membantu rakyatnya yg kesempitan?Contohi lah sulatan Perak,Kelantan yg cool....

    BalasPadam