Isnin, 29 Februari 2016

Resepi Jeruk Limau Nipis @ Limau Kasturi

Bosan duduk di rumah otak saya mula berputar dan berfikir apa nak buat. Saya terfikir nak buat jeruk limau nipis. Dah lama membaca di internet caranya, dah lama juga berangan nak buat, tapi tak pernah nak buat. Hingga sekarang. Saya beli 7 biji limau kasturi di pekan Parit Sulong Kedai Wak Adan. Teringat Mak bila terpandang jeruk limau yang dah siap.

Bahan-bahan:
1. 7 biji limau Kasturi
2. 1 botol Cuka buatan
3. 4 sudu gula
4. Secubit garam

Cara-cara:
1. Bersihkan limau dan toskan. Cuba hilangkan kekotoran di kulitnya dengan span atau berus dawai.
2. Golek-golekkan limau di atas kukur kelapa besi. Saya pun tak pasti step ini untuk apa, mungkin nak melembutlan lagi kulitnya dan membanyakkan air.
3. Potong kedua-dua hujung buah. Kelar empat melintang buah limau itu tapi jangan sampai putus. Cukup beberapa inci.
4. Panaskan air di dalam periuk. Rebus bekas dan penutup untuk menyimpan jeruk bagi mati kuman. Keluarkan dan sejukkan sebentar.
5. Rebus limau dalam masa 15-20 minit hingga kulitnya lembut. Angkat dan masukkan kedalam bekas yang kita siapkan tadi. Biarkan sejuk sebentar.
6. Panaskan 1/2 botol cuka, gula dan garam didalam periuk tapi jangan sampai menggelegak. Cukup untuk mencairkan gula sahaja. Setelah gula larut, asingkan dan biar sejuk sebentar.
7. Tuang cuka kedalam bekas yang berisi limau tadi. Tutup dan biarkan sejuk sepenuhnya.

Nota - Cara di atas adalah cara yang saya buat hasil bacaan saya dan ubah suai mengikut citarasa saya.

Anugerah Meletop Era 2016 : Sedikit Komentar

Saya bukanlah orang yang suka tengok TV, apalagi cerita Anugerah-anugerah ni. Tapi biasalah, terpaksa tengok sebab bini dah tengok. Tapi dia yang tido dulu. Saya masih menulis artikel ini.

Ada beberapa benda yang saya rasa perlu diambil kisah tentang malam Anugerah ini yang perlu ditambah baik serta diperbaiki pada masa akan datang:

1. Sound Sistem Teruk - Mungkin penonton di Dewan tidak berapa perasan, tetapi penonton di rumah rata-rata akan setuju yang 'Sound Sistem' AME kali ini sangat-sangat teruk. Suara penyampai dan penyanyi ada kala dengar, ada kala tenggelam. Bunyi lagu juga ada kala terang, dan kebanyakannya tenggelam. Bunyi Bass sahaja yang kadang2 kedengaran kebabom tetapi menyakitkan telinga.

2. Terlalu Banyak Lawak Syok Sendiri - Ini Rancangan Anugerah ke Rancangan Maharaja Lawak? Perlu difikirkan alternatif lain, contohnya selitkan maklumat2 atau seperti yang Dato' AC Mizal buat iaitu selitkan ingatan buat yang telah pergi. Itu lebih baik. 'Lip sync'? Oh come on, its too lame. Thats totally MLM lah bro.. Ultraman tu lagi lah lame..

3. Pentas Terlalu Panjang - Terlalu banyak masa yang habis berjalan di Pentas Utama. Kalau dikira balik agaknya separuh masa habis untuk penyampai2 berjalan di atas pentas yang panjang berjela tu.

4. Terlalu Ramai Artis Yang Tidak Menjaga Aurat dan Menjaga Badan - Ok yang ini mungkin ramai yang tak setuju tapi saya kena cakap juga. Terpulang lah awak tak nak jaga aurat, tapi tolonglah tutup sikit aurat tu jangan sampai nampak lemak terjuih. Artis lelaki sangat-sangat baik dan ramai yang berpakaian kemas dan hemsem-hemsem. Pengaruh Wak Doyok. Mungkin Artis Wanita perlukan Icon yang ala-ala stylo-milo Wak Doyok, tapi perempuan.

4. Pemenang Macam Tak Layak - Bukan tahun lepas diorang dah menang ker? Johan macam taknak ambil hadiah pulak tu.

Nota - Ramai artis yang mewarnakan rambut putih. Trend sekarang ni trend orang tua ye. Baju kot orang tua, rambut putih orang tua, kaca mata stail orang tua.

Ahad, 28 Februari 2016

Lirik Awie Rafael ft Ayai - Manusia Sempurna

Ahhhh ahhhh

Mampukah aku khilaf
Mampukah aku sedar
Mampukah aku hidup
Tanpa Kamu

Yakinkan hati ini
Tabahkan jiwa ini
Oooohhh ohhhh

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Mampukah aku aku tabah
Mampukah ku berubah
Mampukah aku yakin
Tanpa Kamu

Tundukkan hati ini
Bukakan mata ini
Ooohhh ooohhh

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Aku tetap aku
Tolong ajar aku

Ohhhh oohh ooohh
Ohhhh oohh ooohh

Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar

Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar

Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar

Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Laaa laa laa laaa laaaa
Laaa laa laa laaa laaaa

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna

Ohhh yeahhh oohhh yeah
Ahhhh ahhhh ahhhh ahhhh

Nota - Lagu yang aku tengah layan.. Lirik ini aku tulis sendiri. Kalau salah maap la ye.

Jumaat, 26 Februari 2016

Timun Tikus

Sebelum-sebelum ini belum pernah lagi rasanya saya jumpa Timun Tikus. Dah balik kampung ni barulah jumpa. Pokoknya senang hidup. Hidup sendiri. Kalau ditanam bersungguh2, memang payah nak hidup. Pokoknya sejenis tumbuhan merayap sama seperti timun yang biasa kita beli di pasar. Bunganya kecil2 berwarna kuning.

Timun ini kecil sahaja, sesuailah dengan namanya Timun Tikus itu. Kalau dimakan rasanya timun juga. Tapi tak puas sebab kecil. Mungkin kena makan sekali banyak baru puas. Saya pernah terfikir untuk kumpulkan banyak-banyak timun ini dan di masukkan kedalam salad. Mesti sedap. Atau mungkin boleh dibuat jeruk macam yang saya pernah buat untuk cili padi yang hari itu.

Satu perkara yang saya perasan tentang pokok timun tikus ini adalah kalau pokoknya dapat memanjat tinggi, contohnya pokok yang tinggi, buahnya akan jadi besar sedikit berbanding pokok yang menjalar ketinggian sederhana, contohnya pagar.

Mungkinkah pokok timun tikus ini akan dikomersilkan suatu hari nanti? Mungkin tidak.

Rabu, 24 Februari 2016

Lirik Lagu The Zikr Rasul Ibarat Bulan Purnama

Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi

Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi

Sahabat ibarat bintang di langit
Untuk menambah cahaya pirnama
Agar bertambah cahaya purnama
Untuk menambah cahaya di dunia
Untuk faedah hidup manusia
Untuk faedah hidup manusia

Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi

Para Tabien ibarat pohon
Untuk menambah serinya alam
Untuk menambah serinya alam

Para Tabien ibarat pohon
Untuk menambah serinya alam
Untuk menambah serinya alam

Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi

Jika manusia mengambil faedah
Hidup pun cukup membawa bahagia
Hidup pun cukup membawa bahagia


Nota kaki:- lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid yang disertai anak saya pada majlis maulid yang lepas. Lagu yang sedap didengar berulangkali

Selasa, 23 Februari 2016

Casio Protrek Harga Terkini (2016)

Triple sensor - General Purpose
1. PRW-3500 - RM1200
2. PRW-3100 - RM1069
3. PRW-3000 (Tri. sensor v3 1st) - RM990
5. PRW-300 - RM850
6. PRW-270 - RM749

Ahad, 21 Februari 2016

Majlis Sambutan Maulidurasul Kampung Kolam Air


Ahad - Hari ini berlangsungnya majlis sambutan Maulidurasul peringkat Kampung Kolam Air,  Kangkar Merlimau, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor yang diadakan dengan sungguh meriah dengan jayanya bertemakan "Masyarakat Bersatu Matlamat Kita"

Sabtu, 20 Februari 2016

Tuaian Labu Pertama

Alhamdulillah hari ni saya menuai Labu Manis pertama yang saya tanam beberapa bulan yang lepas. Akibat ketiadaan lauk sayur petang ini, saya ambil keputusan menuai Labu Manis saya itu. Inilah kali pertama dalam seumur hidup saya menuai Labu saya sendiri. Gembira tak terkata. Gambar anak kedua saya Airis bersama Labu.

Rabu, 17 Februari 2016

Review Casio Protrek PRW-6000Y-1A

Paparan Muka yang Cantik
















Review kali ini adalah berkenaan jam Casio Protrek PRW-6000Y-1A. Setelah memakai jam ini dalam masa setahun, Saya akan menceritakan serba-sedikit ciri-ciri canggih jam ini, spesifikasi yang ada, kelebihan yang dimiliki serta kekurangannya dan juga pesaing2 nya yang lain dalam kategori yang sama. Jangan ingat jam canggih tiada kekurangan ye.

Selasa, 16 Februari 2016

Cara Buat Jeruk Cili Padi

Di depan rumah ni tumbuh sepohon pokok cili padi kampung yang agak merimbun. Tumbuh sendiri. Bila ditanam betul2 tak nak pula tumbuh. Alang2 dah merimbun dan banyak yang dah masak merah tu saya pun bercadang nak buat jeruk cili padi.

Isnin, 15 Februari 2016

Pokok Ginseng Jawa

Pokok Ginseng Jawa ini kecil dan comel sahaja. Baru berangan nak beli, alhamdulillah dah ada di belakang rumah rupanya. Awalnya saya pun tak perasan dia duduk di dalam pasu dibelakang rumah itu. Bila di bersihkan rumput rumpai barulah saya sedar bila,pokok yang sebarang ini tiba-tiba terpancul di hadapan mata.

Ahad, 14 Februari 2016

Review Sambal Pedas Abang Strawberry

Pagi ini kebetulan ada ramai yang balik kekampung jadi mak masak ubi kayu rebus. Kami pun gunakan Abang Strawberry Sambal Pedas yang kami beli di Cameron Highland bulan Sembilan yang tahun lepas.

Sabtu, 13 Februari 2016

Mendaki Bukit Payung Parit Sulong

Seperti yang dah saya cakap sebelum ini, saya tak pernah lagi memanjat bukit payung ini sampai atas. Sampai ke kaki bukit pun tak pernah.

Rabu, 10 Februari 2016

Free Wallpaper Bunch of Red Small Flower


Saya tak tahu nama sebenar bunga ini. Sesiapa berminat boleh download buat wallpaper. Cun.

Buah Labu Manis No. 2 dan 3

Alhamdulillah dua biji Labu manis yang saya tanam buahnya lekat. Insyallah membesarlah dengan sihat ye. Walaupun banyak juga yang saya kahwinkan tak berjaya tapi lekat juga dua yang ini, alhamdulillah.

Kumbang Pemakan Labu Manis

Inilah kumbang yang selalu makan bunga labu saya. Habis semua bunga yang baru nak kembang dimakannya. Nak dibunuh kesian. Dibiarkan, bermaharajalela. Buat masa ini saya tak buat apa-apa dahulu.

Sabtu, 6 Februari 2016

Review Filem Ola Bola 2016

Teruja mendengar sebuah filem sukan bolasepak yang pertama di Malaysia kini ditayangkan di pawagam. Saya sekeluarga mengambil masa untuk pergi ke panggung wayang untuk tengok sendiri filem yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.

Jumaat, 5 Februari 2016

Tanam Bawang Cara tanamsendiri.com

Saya ada terbaca dan terlihat video cara tanam bawang oleh encik Iskandar dalam blog beliau tempoh hari. Saya pun teruja lah nak mengikut jejak langkah beliau.

Khamis, 4 Februari 2016

Rabu, 3 Februari 2016

Kelahiran Bunga Kunyit

Kunyit adalah antara pokok herba yang jarang-jarang berbunga. Sekali-sekala melihat kelahiran bunga kunyit menyedarkan kita akan kebesaran Allah taala.

Selasa, 2 Februari 2016

Keladi Makan Mengeluarkan Bunga

Tahukah anda keladi juga mengeluarkan bunga? Seperti tumbuhan-tumbuhan lain, keladi juga mengeluarkan bunga bila keadaan dan keperluan untuk keladi mengeluarkan bunga mencukupi.

Isnin, 1 Februari 2016

Harga Runcit Petrol Turun

Alhamdulillah. Saya tak pergi cek lagi hari ni. Mungkin besok baru nak pergi isi minyak. Patut kerajaan dah lama turunkan harga minyak. Kalau naik tu cepat sahaja, kalau nak turun lambat. Dah turun kenapa tak puji kerajaan?