Rabu, 27 Januari 2016

Pokok Selasih Putih (Basil)

SIRAP SELASIH

Bila sebut sirap selasih jer mesti ramai yang telan air liur kan? Haa... Sedap sungguh air sirap ais limau tambah selasih minum masa cuaca panas. Perghh.. Terangkat beb, tak caya cuba. Biji selasih boleh didapati dengan mudah di kedai2 runcit yang jenis dalam uncang plastik kecil. Kalau nak ambik jer kena tarik kuat2.


Ramai orang tahu biji selasih yang kena remdam jadi macam telur berudu. Tapi kakikebun sendiri tak tahu kenapa biji selasih boleh jadi macam itu bila direndam dalam air. Pernah juga orang Puteh yang geli-geli, ingat ia memang betul2 telur berudu.

SELASIH KAMPUNG

Pokok selasih kampung boleh dikira macam pokok yang wajib ada bagi sesebuah rumah kampung, sebab pokok ini agak mudah ditanam. Selasih kampung biasanya orang ambil bijinya sahaja. Kalau ambil daunnya pun untuk masakan-masakan tertentu sahaja kerana rasanya yang agak pekat. Kakikebun tak berani makan terus daunnya, tak sedap.

SELASIH PUTIH

Lain pula halnya dengan pokok selasih putih atau lebih dikenali dengan nama 'Thai Basil' atau 'Sweet Basil'. Selasih puteh tau, bukan Qu Puteh.. Hmm... Pokok selasih atau nama saintifiknya Ocimum basilicum ini cukup dikenali terutamanya oleh cef-cef orang putih sebab ianya digunakan dalam masakan. Nama jolokanya adalah 'King of Herbs'. Rasa daunnya juga tidak sekuat selasih kampung. Anda boleh makan daunnya begitu sahaja. Bolehlah dibuat ulaman. Kakikebun pernah tengok cef orang puteh yang tabur daun diatas piza. Cef Oliver ke, tak berapa nak ingat. Macam sedap jer. Mungkin boleh try lain kali.

Pokok selasih Puteh yang ada kakikebun tanam itu benihnya dapat tak sengaja. Ada orang Indonesia pekerja ayah yang bagi. Katanya dia bawak dari Indonesia. Entah ye entah tidak. Kitorang pun tanam jer dalam pasu. Tak lama lepas tu tumbuh pokoknya dan kakikebun alih ke dalam polibeg. Lepas dah kuat kakikebun alih pula atas tanah. Alhamdulillah hidup subur. Serangga kurang suka daunnya yang berbau tu. Cuma ada sejenis ulat bulu yang suka makan daunnya yang kakikebun kena bersihkan setiap pagi.

KOMEN KAKIKEBUN
Nak bagi idea baru pada cef Oliver. Biji selasih putih buat sirap limau ais ikat tepi. Hmm...

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan