Isnin, 15 Februari 2016

Pokok Ginseng Jawa

Pokok Ginseng Jawa ini kecil dan comel sahaja. Baru berangan nak beli, alhamdulillah dah ada di belakang rumah rupanya. Awalnya saya pun tak perasan dia duduk di dalam pasu dibelakang rumah itu. Bila di bersihkan rumput rumpai barulah saya sedar bila,pokok yang sebarang ini tiba-tiba terpancul di hadapan mata.


Banyak juga saya baca dari internet tentang kelebihan-kelebihan Ginseng Jawa ini. Ginseng Jawa ini juga dikenali dengan nama Som Jawa, atau pokok akar Som. Nak tahu lebih lanjut boleh Wiki. Daunnya orang kata boleh digoreng, saya belum cuba lagi. Entah apa rasanya. Bunganya pula warna merah jambu

Akar Pokok Ginseng Jawa ini pula walaupun tidak sehebat ginseng yang asli, boleh digunakan untuk menambah tenaga lelaki. Hebat tu, lepas ni kena biakkan banyak-banyak lah. Pembiakkan pokok ini amat mudah dengan hanya keratan batang sahaja.

Beberapa minggu lepas saya cuba tanam Ginseng Jawa secara keratan batang, alhamdulillah menjadi. Insyallah nanti saya akan tanam lagi. Kalau jual pokok ini laku dan dikomersialkan tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan