Ahad, 21 Februari 2016

Majlis Sambutan Maulidurasul Kampung Kolam Air


Ahad - Hari ini berlangsungnya majlis sambutan Maulidurasul peringkat Kampung Kolam Air,  Kangkar Merlimau, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor yang diadakan dengan sungguh meriah dengan jayanya bertemakan "Masyarakat Bersatu Matlamat Kita"





























Program selama setengah hari ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh Tuan Imam En. Zaini Bin Rujuhan, diikuti dengan dengan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran oleh Adik Nur Uzma Fathanah Binti Zaini. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari Guru Besar Sekolah Agama Kangkar Merlimau Puan Hendon binti Masripan. Puan hendon mengingatkan semua tentang ingat lima pekara sebelum datangnya lima perkara.















Kemudian, majlis diteruskan dengan perasmian oleh Ketua Kampung Kangkar  Merlimau merangkap pengerusi Encik Mohd Yusof bin Margono. Beliau mengingatkan orang kampung untuk saling bertoleransi dan menegur kejahilan di kampung ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis yang julung-julung kali diadakan hasil gabungan kerjasama Sekolah Agama Kangkar Merlimau dan Masyarakat Kampung Kangkar Merlimau ini.




























Selepas itu majlis diserikan dengan persembahan Selawat dan Nasyid dari kumpulan Assyakirin, murid-murid Sekolah Agama Kangkar Merlimau. Majlis diteruskan lagi dengan maulid secara beramai-ramai dan selawat keatas nabi Muhammad S.A.W. Deklamasi sajak oleh adik Nur Ain Seri Ayu Amirah Binti Misran bertajuk Selawat.















Majlis terus meriah dengan Ceramah Maulid Rasul oleh Ustaz Muhammad Sahli Bin Muhammad Said. Ustaz Sahli tidak menghampakan dengan ucapan yang berilmu serta mencuit hati. Ustaz Sahli turut memulakan dengan ucapan di dalam bahasa Jawa dan Banjar. Ustaz juga bercerita tentang suatu Majlis Maulid yang terjadi suatu masa dahulu yang didatangi malaikat menggantikan penduduk kampung. Ustaz juga sempat menerangkan perbezaan diantara Bidaah yang baik, ada juga Bidaah yang tidak baik. Antara bidaah yang baik adalah Alquran itu sendiri, Kalamullah yang dibukukan selepas kewafatan nabi Muhammad S.A.W. Ustaz melanjutkan cerita tentang petua mendapat anak yang menghafaz  Alquran. Ustaz berkongsi enam petua berikut:

1. Ibu dan Bapa jangan sekali-kali berbohong.
2. Beri anak makan makanan Halal, Zahir dan Batin.
3. Didik akhlak yang baik pada anak-anak.
4. Suami dan Isteri wajib menjaga adap baik diantara mereka sebagai contoh kepada anak-anak.
5. Mengamalkan Surah Ali-Imran ayat 200 yang di baca waktu pagi dan petang dan juga semasa menbancuh air agar setiap ahli keluarga dilimpahi sifat kesabaran.
6. Setiap selepas asar isteri diwajibkan membaca Al-Fatihah dan dihadiahkan kepada setiap ruh anak-anaknya. Kalau tiga anaknya, baca tiga kali.














Ustaz juga turut membincangkan tanda-tanda kita dikasihi Allah:
1. Diberi kemanisan beribadah.
2. Diberi kekuatan beribadah.
3. Diberi Istiqamah beribadah.















Ustaz juga turut menggalakkan agar penduduk kampung meramaikan anak murid sekolah dengan berkahwin lagi atau beranak ramai. Selain itu, ustaz juga turut menggalakkan agar memperbanyakkan berdoa sepanjang majlis maulid dan menyimpan berzanji kecil didalam beg dengan duit untuk mendapat keberkatan.














Ustaz mengisahkan tentang seorang ibu yang bertanya kepada seorang Ulama, ada anak yang sukar bangun pagi. Ulama itu menjelaskan tentang bagaimanakah sekiranya rumah terbakar dan anak sedang tidur? Ibu itu berkata dia akan mengeret anak itu keluar rumah. Selanjutnya ulama itu bertanya, kenapakah kita sanggup jaga anak dari api dunia, tetapi tidak sanggup menjaga dari api neraka. Beliau juga menganjurkan agar mengerjakan solat berjemaah agar mendatangkan keberkatan.

Majlis disudahi sekitar jam 11.00 pagi dengan penyampaian cenderahati kepada Anak Murid dan Ustaz Sahli dan kemudian para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan nasi beriani dan gulai kambing serta beberapa lauk-pauk lain hasil sumbangan dari Penduduk Kampung Kolam Air, Kangkar Merlimau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan