Jumaat, 26 Februari 2016

Timun Tikus

Sebelum-sebelum ini belum pernah lagi rasanya saya jumpa Timun Tikus. Dah balik kampung ni barulah jumpa. Pokoknya senang hidup. Hidup sendiri. Kalau ditanam bersungguh2, memang payah nak hidup. Pokoknya sejenis tumbuhan merayap sama seperti timun yang biasa kita beli di pasar. Bunganya kecil2 berwarna kuning.

Timun ini kecil sahaja, sesuailah dengan namanya Timun Tikus itu. Kalau dimakan rasanya timun juga. Tapi tak puas sebab kecil. Mungkin kena makan sekali banyak baru puas. Saya pernah terfikir untuk kumpulkan banyak-banyak timun ini dan di masukkan kedalam salad. Mesti sedap. Atau mungkin boleh dibuat jeruk macam yang saya pernah buat untuk cili padi yang hari itu.

Satu perkara yang saya perasan tentang pokok timun tikus ini adalah kalau pokoknya dapat memanjat tinggi, contohnya pokok yang tinggi, buahnya akan jadi besar sedikit berbanding pokok yang menjalar ketinggian sederhana, contohnya pagar.

Mungkinkah pokok timun tikus ini akan dikomersilkan suatu hari nanti? Mungkin tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan