Ahad, 14 Februari 2016

Review Sambal Pedas Abang Strawberry

Pagi ini kebetulan ada ramai yang balik kekampung jadi mak masak ubi kayu rebus. Kami pun gunakan Abang Strawberry Sambal Pedas yang kami beli di Cameron Highland bulan Sembilan yang tahun lepas.


Sambal yang berharga RM16 ini walaupun di luarnya ada tertulis 'Extra Hot' tapi bagi saya ianya masih di dalam kategori tidak berapa pedas. Ada tertulis juga 'pick fresh' di luar botolnya tapi kalau dah dikeringkan boleh dikira pick fresh juga ke? Di luar botol ini juga ada tertulis 'ikan kering'. Maknanya betul la sebab boleh rasa dia punya Strawberry dan ikan kering yang ada didalam sambal ini.

Sambal strawberry ini datang dalam bentuk sambal kering mungkin kerana membolehkan sambal ini tahan lama walaupun tidak disimpan di dalam peti ais. Kami hanya simpan didalam peti kabinet dapur sahaja. Alhamdulillah masih okay.

Rasanya sedap juga ditambah dengan ubi kayu rebus yang empok dan ikan pekasam goreng. Terus terang strawberi di Cameron Highland tidaklah manis seperti strawberi yang saya pernah makan di Bandung dahulu (ada orang cakap strawberi Bandung di cucuk dengan air gula). Tapi strawberi Cameron ini sedap rupanya bila dah dibuat sambal. Satu inovasi yang hebat dari orang Malaysia. Boleh jual kat Bandung ni. Sesuai sangat-sangat terutamanya bila desperet nak cari sambal kalau nak masak sambal tumis malas. Simpan sahaja 2-3 botol dalam kabinet dapur.

Saya bagi 3 bintang untuk Sambal Pedas Abang Strawberi ini. Terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan