Jumaat, 5 Februari 2016

Tanam Bawang Cara tanamsendiri.com

Saya ada terbaca dan terlihat video cara tanam bawang oleh encik Iskandar dalam blog beliau tempoh hari. Saya pun teruja lah nak mengikut jejak langkah beliau.


Saya biasa beli bawang dari kedai runcit di Pekan Parit Sulong. Bawang merah kecil lebih murah dari bawang ros kecil India hanya RM8 sekilo berbanding bawang Ros yang berharga RM13 sekilo. Bawang besar memang murah tapi macam tak sesuai jer. Takpe lain kali kita try bawang besar pulak.

Kalau sebelum ini saya main belasah jer tanam bawang ni. Saya beli mana yang dah bercambah. Senang. Tapi kali ni nak try cara baru pula.

Kalau ikut panduan En. Is, kita kena potong bawang tu di bahagian atas dan bawah sekali. Ini membolehkan bawang- bawang yang kita nak tanam tu semunya hidup dan mengeluarkan daun serentak. Manakala potongan bahagian bawah pula membolehkan akarnya keluar serentak juga. Jadi pertumbuhan bawang yang kita tanam tu sama sahaja. Takdelah ada bawang yang dah keluar daun, ada yang tak tumbuh-tumbuh langsung.

Jangan terlupa mana yang bawah mana yang atas sudah lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan