Rabu, 10 Februari 2016

Kumbang Pemakan Labu Manis

Inilah kumbang yang selalu makan bunga labu saya. Habis semua bunga yang baru nak kembang dimakannya. Nak dibunuh kesian. Dibiarkan, bermaharajalela. Buat masa ini saya tak buat apa-apa dahulu.


Kumbang ini merusak dengan dua cara. Cara yang pertama kumbang ini akan makan habis semua bunga dan daun pokok labu. Pokok lain dia tak mahu pula. Cara kedua dia akan bertelur di dalam bunga yang belum kembang. Bila bunga kembang, dah penuh ulat ulat anak dia kat dalam tu. Geram betul. Kumbang ini juga bertelur di dlam buah labu yang masih muda menyebabkan buah tak menjadi dan gugur ke tanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan