Isnin, 29 Februari 2016

Anugerah Meletop Era 2016 : Sedikit Komentar

Saya bukanlah orang yang suka tengok TV, apalagi cerita Anugerah-anugerah ni. Tapi biasalah, terpaksa tengok sebab bini dah tengok. Tapi dia yang tido dulu. Saya masih menulis artikel ini.

Ada beberapa benda yang saya rasa perlu diambil kisah tentang malam Anugerah ini yang perlu ditambah baik serta diperbaiki pada masa akan datang:

1. Sound Sistem Teruk - Mungkin penonton di Dewan tidak berapa perasan, tetapi penonton di rumah rata-rata akan setuju yang 'Sound Sistem' AME kali ini sangat-sangat teruk. Suara penyampai dan penyanyi ada kala dengar, ada kala tenggelam. Bunyi lagu juga ada kala terang, dan kebanyakannya tenggelam. Bunyi Bass sahaja yang kadang2 kedengaran kebabom tetapi menyakitkan telinga.

2. Terlalu Banyak Lawak Syok Sendiri - Ini Rancangan Anugerah ke Rancangan Maharaja Lawak? Perlu difikirkan alternatif lain, contohnya selitkan maklumat2 atau seperti yang Dato' AC Mizal buat iaitu selitkan ingatan buat yang telah pergi. Itu lebih baik. 'Lip sync'? Oh come on, its too lame. Thats totally MLM lah bro.. Ultraman tu lagi lah lame..

3. Pentas Terlalu Panjang - Terlalu banyak masa yang habis berjalan di Pentas Utama. Kalau dikira balik agaknya separuh masa habis untuk penyampai2 berjalan di atas pentas yang panjang berjela tu.

4. Terlalu Ramai Artis Yang Tidak Menjaga Aurat dan Menjaga Badan - Ok yang ini mungkin ramai yang tak setuju tapi saya kena cakap juga. Terpulang lah awak tak nak jaga aurat, tapi tolonglah tutup sikit aurat tu jangan sampai nampak lemak terjuih. Artis lelaki sangat-sangat baik dan ramai yang berpakaian kemas dan hemsem-hemsem. Pengaruh Wak Doyok. Mungkin Artis Wanita perlukan Icon yang ala-ala stylo-milo Wak Doyok, tapi perempuan.

4. Pemenang Macam Tak Layak - Bukan tahun lepas diorang dah menang ker? Johan macam taknak ambil hadiah pulak tu.

Nota - Ramai artis yang mewarnakan rambut putih. Trend sekarang ni trend orang tua ye. Baju kot orang tua, rambut putih orang tua, kaca mata stail orang tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan