Rabu, 3 Februari 2016

Kelahiran Bunga Kunyit

Kunyit adalah antara pokok herba yang jarang-jarang berbunga. Sekali-sekala melihat kelahiran bunga kunyit menyedarkan kita akan kebesaran Allah taala.


Mana tidaknya, bunga kunyit keluar seolah2 macam manusia nak beranak. Semakin hari semakin besar, semakin sarat dan sehingga ke satu tahap keluar dari tangkainya secara tiba2.

Bunga kunyit keluar dari celah-celah tangkai menyerikan lagi suasana kebun yang sedia ceria. Bunganya berbau wangi seperti bau kunyit dan sedap dibuat urap, dimakan begitu sahaja atau dibuat botok2.

Bunga kunyit berwarna kuning keluar dari celah2 bunga besar yang berwarna hijau. Tidak seperti tumbuhan lain yang berakar, bunga kunyit tidak akan mempengaruhi saiz akar kunyit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan