Isnin, 29 Februari 2016

Resepi Jeruk Limau Nipis @ Limau Kasturi

Bosan duduk di rumah otak saya mula berputar dan berfikir apa nak buat. Saya terfikir nak buat jeruk limau nipis. Dah lama membaca di internet caranya, dah lama juga berangan nak buat, tapi tak pernah nak buat. Hingga sekarang. Saya beli 7 biji limau kasturi di pekan Parit Sulong Kedai Wak Adan. Teringat Mak bila terpandang jeruk limau yang dah siap.

Bahan-bahan:
1. 7 biji limau Kasturi
2. 1 botol Cuka buatan
3. 4 sudu gula
4. Secubit garam

Cara-cara:
1. Bersihkan limau dan toskan. Cuba hilangkan kekotoran di kulitnya dengan span atau berus dawai.
2. Golek-golekkan limau di atas kukur kelapa besi. Saya pun tak pasti step ini untuk apa, mungkin nak melembutlan lagi kulitnya dan membanyakkan air.
3. Potong kedua-dua hujung buah. Kelar empat melintang buah limau itu tapi jangan sampai putus. Cukup beberapa inci.
4. Panaskan air di dalam periuk. Rebus bekas dan penutup untuk menyimpan jeruk bagi mati kuman. Keluarkan dan sejukkan sebentar.
5. Rebus limau dalam masa 15-20 minit hingga kulitnya lembut. Angkat dan masukkan kedalam bekas yang kita siapkan tadi. Biarkan sejuk sebentar.
6. Panaskan 1/2 botol cuka, gula dan garam didalam periuk tapi jangan sampai menggelegak. Cukup untuk mencairkan gula sahaja. Setelah gula larut, asingkan dan biar sejuk sebentar.
7. Tuang cuka kedalam bekas yang berisi limau tadi. Tutup dan biarkan sejuk sepenuhnya.

Nota - Cara di atas adalah cara yang saya buat hasil bacaan saya dan ubah suai mengikut citarasa saya.

1 ulasan: