Rabu, 17 Februari 2016

Review Casio Protrek PRW-6000Y-1A

Paparan Muka yang Cantik
















Review kali ini adalah berkenaan jam Casio Protrek PRW-6000Y-1A. Setelah memakai jam ini dalam masa setahun, Saya akan menceritakan serba-sedikit ciri-ciri canggih jam ini, spesifikasi yang ada, kelebihan yang dimiliki serta kekurangannya dan juga pesaing2 nya yang lain dalam kategori yang sama. Jangan ingat jam canggih tiada kekurangan ye.

CIRI-CIRI
Jam Casio Protrek PRW-6000Y-1A buatan Jepun ini dikategorikan dalam kumpulan jam ABC, iaitu jam dengan kebolehan Altimeter, Barometer, dan Compass. Jam ini juga mempunyai Thermometer dan juga berkebolehan untuk merakam sehingga 30 pendakian. Memang jam yang sesuai untuk pendaki tegar!

BENTUK LUARAN
Jam Casio Protrek PRW-6000Y-1A ini sesuai untuk mereka yang inginkan jam yang mempunyai display analog tetapi dalam masa yang sama mempunyai kecanggihan ciri jam digital. Jam ini ada kedua-duanya. Rekaan jam ini termasuk dalam kategori Elegen, Ketenteraan, dan agak Sporty. Jam ini adalah antara jam rekaan Casio yang agak cantik sejak kebelakangan ini.

Jam Casio Protrek PRW-6000Y-1A ini juga mempunyai 'Tough Solar' iaitu ia boleh dicas dengan cahaya matahari atau sumber cahaya yang lain contohnya lampu kalimantang, sudah cukup untuk mengecas. Tidak seperti jam Suunto contohnya yang perlu dicas macam telefon bimbit bila baterinya habis.

ENJIN BARU
Casio Protrek PRW-6000Y-1A ini juga mempunyai enjin baru iaitu 'Triple Sensor Version 3' yang lebih kecil. Selain boleh memberi fungsi ABC, jam ini juga boleh memberi amaran kepada pemakai tentang keadaan cuaca yang semakin buruk hasil dari fungsi Barometer. Maknanya jam ini boleh meramal bila hari nak hujan. Sangat berguna bila berada di dalam hutan. 'Auto Hand Shift' membolehkan jarum jam terkepak sedikit untuk memudahkan pemakai melihat display digital. Tekan butang Mode dan lampu serentak, jarum jam akan beralih ke pukul 2 selama beberapa saat. Disebabkan ada tiga motor berasingan untuk jarum jam, maka ketiga-tiga jarum jam boleh bergerak serentak. Cukup canggih! Ada 2 Lampu LED putih yang terang untuk melihat di dalam gelap. Jam ini turut mempunyai Multiband 6 tetapi ciri ini hanya berguna sekiranya kita duduk di negara2 tertentu sahaja.

SPESIFIKASI
Jam tangan Casio Protrek PRW-6000Y-1A ini mempunyai permukaan kaca mineral glass yang mampu menahan cuaca melampau. 'Water resistant' jam ini pula adalah sedalam 100m di bawah paras laut. Walaubagaimanapun adalah tidak digalakkan untuk membawa jam ini untuk 'Scuba Diving'. Kalau nak juga pakailah GShock Frogman dan sebagainya yang lebih sesuai. Casingnya pula diperbuat dari Resin dan Stainless steel, manakala tali jam ini diperbuat dari Karbon Fiber yang terbukti tahan lasak dan ringan, hanya 73g sahaja beratnya.

Tali Carbon Fiber




















VERSI LAIN
Jam Casio Protrek PRW-6000Y-1A yang serba canggih ini ada pelbagai variasi dan warna. Ada warna merah dan hijau. Model ini bertali karbon fiber, manakala ada juga variasi yang didatangkan dengan tali titanium berwarna biru. Juga ada variasi Karakorum yang berwarna hitam.

KELEBIHAN
1. Ringan - disebabkan ciri-ciri baru dan tali karbon fiber menjadikan jam ini cukup ringan sehingga terlupa kita sedang memakainya.
2. Nipis - disebabkan oleh enjin 'triple sensor Ver 3' yang baharu menjadikan jam ini cukup nipis berbanding jam ABC lain di pasaran.
3. Mudah digunakan - Butang yang sesuai untuk fungsi ABC mudah digunakan. Penggunaan jarum saat untuk fungsi2 jam juga menjadikan ia mudah digunakan
4. Motor jarum berkembar - Jarum Jam dan jarum minit dan saat boleh berpusing serentak.
5. Boleh meramalkan bila nak hujan.
6. Tough Solar - Tak perlu tukar bateri selama-lamanya.

Logo Gunung Protrek yang agak tajam



















KEKURANGAN

1. Jarum boleh tertanggal - jika berlaku hentakan ke permukaan jam dengan kuat. Baca di sini.
2. Bahagian penutup besi bawah yang tajam - ukiran Logo Gunung Protrek agak dalam dan  tajam boleh memotong bulu roma bahagian lengan pemakai. Aduh!
3. Kalau sedang merakam pendakian tak boleh tekan butang lain. Kalau tertekan memori pendakian pada masa itu akan terpadam. Selamat tinggal memori pendakian Gunung Kinabalu
3. Tali karbon fiber memudahkan peluh berkumpul
4. Timer Countdown maksimum hanya 60 minit.
5. Tiada sunset, sunrise.
6. Butang Mode yang agak keras dan berbunyi apabila ditekan. Bunyi hilang selepas beberapa lama digunakan.

PERSAINGAN JAM LAIN
1. G Shock Gulfmaster GWN1000
2. G Shock Rangeman GW9400
3. Suunto Core
4. Suunto Elementum Terra
5. Suunto X-Lander
6. Timex T49928 Expedition

MANA NAK BELI? - Kedai Jam Terpilih
HARGA SEMASA - RM1950
PANDUAN PDF / DOWNLOAD
http://support.casio.com/storage/en/manual/pdf/EN/009/qw5365.pdf
OFFICIAL WEBSITE
http://www.casio-intl.com/asia-mea/en/wat/watch_detail/PRW-6000Y-1A/
PANDUAN LANJUT
http://forums.watchuseek.com/f17/casio-prw-6000-thread-975486.html

2 ulasan:

  1. Leh keh kite bebual skit brother..jam nih buatan jepun keh? Kan manufacture banyak di thailand? Cam nak bedakan prw 6000y1 ataupon Y 1A?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Model Protrek ini model premium, memang dibuat hanya di jepun. Kebanyakan model premium memang buatan jepun.

      Padam