Sabtu, 6 Februari 2016

Review Filem Ola Bola 2016

Teruja mendengar sebuah filem sukan bolasepak yang pertama di Malaysia kini ditayangkan di pawagam. Saya sekeluarga mengambil masa untuk pergi ke panggung wayang untuk tengok sendiri filem yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.


Rasanya filem melayu yang saya pernah lihat ada perlawanan bola didalamnya adalah filem Kolej 56. Filem tu memang lawak, boleh guna bomoh untuk menang lawan bola. Ok berbalik kepada cerita kita, filem arahan Chiu Keng Guan ini mengisahkan seorang pengarang yang mencari bekas pemain bolasepak Malaysia era 80an yang membawa beliau ke Sabah menemuni Eric. Dari situ bermulalah En. Eric menceritakan tentang kehebatan bolasepak Malaysia era beliau.

Garapan cerita yang sungguh hebat memukau penonton dari awal hingga ke akhir filem. Walaupun menggunakan para pelakon yang tidak dikenali, namun lakonan mereka cukup meyakinkan, walaupun adakala nampak keras. Turut dibintangi oleh pelakon terkenal, Bront Palarae, sebagai Rahman, seorang pengulas sukan yang sedang meningkat naik mencuri tumpuan penonton dengan gaya pengulas sukan yang agak luar biasa namun saya rasa lakonan beliau cukup mantap tanpa mengalihkan tumpuan penonton kepada jalan cerita.

Aksi bola diselangselikan dengan jalan cerita yang hebat serta menaikkan semangat patriotik penonton menjanjikan suatu pengalaman menonton filem yang amat berlainan dari semua filem sebelum-sebelum ini. Tak pernah lagi rasanya saya teruja meonton filem dari awal hingga akhir sebegini sehingga masih terngiang ngiang di telinga saya ini nama-nama pemain iaitu Chow Kwok Kiong, Ali, Muthu dan Sanjeet.

Disebabkan cerita ini berdasarkan kisah sebenar pasukan bolasepak Malaysia era tersebut, maka saya yakin, bukan sahaja saya malah seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan filem sebegini. Syabas diucapkan kepada seluruh warga produksi filem 'Ola Bola'. Saya bagi Lima Bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan