Selasa, 16 Februari 2016

Cara Buat Jeruk Cili Padi

Di depan rumah ni tumbuh sepohon pokok cili padi kampung yang agak merimbun. Tumbuh sendiri. Bila ditanam betul2 tak nak pula tumbuh. Alang2 dah merimbun dan banyak yang dah masak merah tu saya pun bercadang nak buat jeruk cili padi.


Ada bermacam-macam cara yang saya jumpa di internet tentang cara membuat jeruk cili padi. Saya akan berikan cara yang famus dan mudah seperti di bawah.

Resepi Cili Padi Jeruk:

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 100g cili padi
- 1 cawan cuka Jalen (jenama lain pun boleh)
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 1 bekas untuk mengisi jeruk

Cara membuat:
1. Basuh bersih cili padi dan toskan.
2. Rendam bekas didalam air panas yang mendidih untuk mematikan kuman selama 5 minit. Letakkan di dapur dan sejukkan sebentar.
3. Rebus cili padi didalam air panas selama 20 saat. Toskan dan masukkan kedalam bekas tadi.
4. Panaskan cuka tetapi jangan terlalu panas. Sekadar 60-80'C sahaja untuk melarutkan garam dan gula. Sejukkan sebentar.
5. Tuangkan cuka kedalam bekas berisi cili padi tadi. Tambah cuka sekiranya tak cukup. Jeruk cili padi sudah pun tersedia dan boleh dinikmati selepas 4 jam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan