Sabtu, 13 Februari 2016

Mendaki Bukit Payung Parit Sulong

Seperti yang dah saya cakap sebelum ini, saya tak pernah lagi memanjat bukit payung ini sampai atas. Sampai ke kaki bukit pun tak pernah.


Entah mimpi apa tiba2 kami berlima anak beranak teringin pula nak mendaki bukit payung petang ini. Mungkin ada yang cakap jalan ke puncak dah ada bertanda merah, dah senang. Okaylah tu. Kami pun bersiap ala kadar sahaja. Bawak sebilah parang, lighter, air mineral, dan kek span. Bekalan yang pelik. Tak berhajat nak sampai ke atas pun. Half way pun jadilah. Novis kubis lah katakan.

Kami bertolak pukul 3.40 petang. Menyelusuri denai pokok kelapa sawit. Mana tanda merah yang diorang cakap tadi? Kata ada penanda merah sepanjang jalan. Tak jumpa langsung. Kami pun ikut denai yang kami rasa orang dah lalu. Agak senang juga jalannya pada awal2. Saya jadi pembuka jalan, menebas rumput setinggi betis. Perjalanan kami menjadi semakin sukar apabila dah setengah jam berjalan memasuki hutan. Ditambah lagi peserta2 yang novis sesangat. Kami berhenti bila dah tak jumpa jalan denai masuk ke dalam hutan. Saya cek jam saya, Ketinggian 199m dari paras laut. Lepas berehat lima-sepuluh minit, kami pun bertolak balik.

Sepanjang jalan tak jumpa pun tanda merah yang dikhabar2 kan. Mungkin kena follow orang yang mendaki naik lain kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan