Sabtu, 16 Januari 2016

Petua mudah halau babi hutan

Petua ni dapat secara tak sengaja sebenarnya. Semasa bulan Ramadhan tahun lepas, kakikebun mula memikirkan apa tumbuhan yang nak ditanam. Antara yang terlintas di fikiran masa tu adalah pokok kunyit. Jadi kakikebun pun pergilah ke kedai beli kunyit basah dan tanam (sila rujuk entri sebelum ini untuk cara mudah tanam kunyit).


Sebelum ini kebun kecil kakikebun di belakang rumah tu sering kena kacau dengan babi hutan yang bermaharajalela. Itu belum masuk monyet yang datang bukan nak makan pun, sajer jer petik buah terung lepas tu buang ke tanah. Ee, geramm... Tanam keladi, mati. Tanam tebu, Mati. Semuanya akibat babi hutan yang sondol. Sedih juga masa tu sebab datang pagi2 jer tengok pokok yang baru tanam semalam dah habis kena sondol babi. Memang babi betul.

Okay berbalik kepada cerita petua tadi. Ada beberapa petua la yang kakikebun amalkan untuk menghalau babi hutan. Antaranya adalah menggunakan rambut dan juga menggunakan kunyit. Petua menggunakan rambut itu biarlah kakikebun cerita di entri yang lain.

Untuk entri kali ini, kakikebun nak cerita pasal petua tanaman kunyit untuk halau babi. Kakikebun pun tanamlah kunyit sebaris penuh (tengok gambar di atas) dalam 20 pokok. Tidak lama selepas pokok2 kunyit itu naik dan berdaun, kakikebun perasan yang babi hutan dah mula tidak menyerang kebun. Alhamdulillah.

Untuk menambah 'anker' kakikebun tanam lagi sebaris. Sekarang dah jadi dalam 40-50 pokok kunyit kat kebun kecik belakang tu.

Bila kakikebun gugel rupanya memanglah ada petua yang menggunakan serbuk kunyit untuk halau babi dari menyerang tanaman. Ooo... Patutlah...

OK sekarang babi dah tak serang, nak buat apa pulak pokok kunyit yang banyak2 tu? Hmm...

25 ulasan:

  1. cara lebih mudah, taburkan saja rambut, boleh minta dari barber shop atau kedai gunting rambut free aje. potong pendek2 dalam 1cm supaya jadi lebih banyak. tapi kena tabur selalu kerana rambut akan hancur dan tenggelam dalam tanah, lebih lagi bila lepas hujan.

    BalasPadam
  2. salah satu nk halau babi hutan ialah dengan meletakkan patung harimau belang di sekitar kebun.Babi ni mudah tertipu bila dia Nampak patung harimau confirm larikkkk.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak cubajugaklah halau dengan kunyit..terima kasih tuan

      Padam
  3. thanks untuk tips ni..
    bagi taman banyak2 pokok kunyit takpa.. boleh jual.. jangan jadi geng kunyit sudah.. hehehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  5. Nk halau babi hutan, layari www.bbgardgt.com

    BalasPadam
  6. Tanam Kunyit bnyak2 ye..Trima kasih

    BalasPadam
  7. Tanam Kunyit bnyak2 ye..Trima kasih

    BalasPadam
  8. Kalau rambut tu kita nk tabur kt mno tu

    BalasPadam
  9. Kalau rambut tu kita nk tabur kt mno tu

    BalasPadam
  10. kalau kita tanam kelapa dan nak elakkan daripada dirosakkan babi, tabur rambut tu di keliling benih kelapa yg kita tanam

    BalasPadam
  11. Sy nk kongsi jugak pengalaman tak sengaja menjauhi kebun Dari diserang babi. Sy tanam serai nk kepung pokok pisang Dan dapati babi xdekat dgn kawasany sy kepung tu...
    Pokok tebu pun boleh.

    Alhamdulillah
    Semua dgn izinNYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blkg umah saya pokok tebu la yg babi tu mamah...habis serumpun tebu skali dia dtg...

      Padam
  12. Lg satu cara. Tadah air kencing harimau lpstu spray2 kn pada keliling kebun..insyaallah xdtg daa

    BalasPadam
    Balasan
    1. norazamsahismail@gmail.com22 Oktober, 2021 21:14

      boleh bagitahu macamana nak tadah air kencing harimau?

      Padam
    2. Ada kat kedai kebun / kedai peladang @ kedai baja Air Kencing Harimau... Tak payah tadah, beli saja chemical saja tu

      Padam
  13. Balasan
    1. Haahaaa..

      Padam
    2. 😂😂😂😂

      Padam
    3. Nk tadah kencing rimau diri sendiri dulu terkencing

      Padam
  14. Masaalah saya babi kurang skit.tp monyet menjadi.abis buah nangka cempedak

    BalasPadam
  15. Kebun saya pokok kunyit dua batas depa x hirau pun

    BalasPadam