Mintak tolong sesiapa yang kenal pokok ni boleh kita kongsi sama-sama.
Outdoor | Fotografi | Kebun | Kalau dah minat berkebun tu memang dah tak boleh lari dah.
Isnin, 14 November 2016
Ahad, 22 Mei 2016
Review Filem Angry Birds The Movie (Spoiler Alert)
Semalam sempat juga bergomol beramai2 pergi nengok filem Angry Birds The Movie. Kakak ipar kata nak belanja. Tengkiu kin.. Ok. Overall cerita ni best la jugak. Tetapi ada part2 yang terlalu banyak dialog tu.. Ada ibu bapak yg tertidur sebab bosan. Anak2 jer yang semangat nak tengok.
Ceritanya dari awal memang 'energetic' tapi takde kaitan dengan cerita awal itu dgn keseluruhan. Apa kaitan hantar barang (kek) dgn angry bird? Entah aku pun tak tahu. Mungkin lebih baik kalau dari awal pilih kerja Angry Bird Red tu yg berkaitan dgn cerita secara keseluruhan. Banyak karekter2 burung dalam game yang berjaya dihidupkan sesuai dgn keupayaan masing2. Contohnya burung kuning tu bergerak dgn laju.. Burung hitam boleh meletup, dan sebagainyalah.. You get teh picture..
Cuma dalam babak dah separuh jalan baru diperkenalkan dgn makhluk babi hijau.. Dan pada akhir2 cerita baru tahu apa tujuan sebenar babi hijau tersebut.. Oklah.. Pandai lah juga diorang cari jalan cerita yang sesuai..
Kalau bagi aku, lebih baik dilebihkan aksi 'Angry Bird' yg dalam game tu dari terlalu banyak dialog seperti yg aku cakap awal tadi.
Aneh ya, satu perkara yg terkesan bagi aku dlm movie ini adalah lagunya yg bertajuk 'Sound of da police' dari kumpulan KRS ONE. Entah knp memang sesuai sgt lagu ni dimasukkan. Aku terus donlod dari youtube selepas balik dari panggung wayang.
Ok itu jer.. Memang seronok tgk dgn anak2.. saya bagi lima bintang.

Isnin, 16 Mei 2016
Kembara Mahkota Johor singgah di Parit Sulong 16-May-2016
Sempat tengok sekelip mata jer... Mak aii besor betul lorinyer.. Berbaloi la juga tunggu 1 jam panas terik.
Ahad, 15 Mei 2016
Sabtu, 14 Mei 2016
Trak Mack Sultan Johor singgah di Parit Sulong Batu Pahat Johor
Kembara Mahkota Johor Tahun 2016 kali ini menyaksikan Sultan Johor memandu sendiri Trak Mack kepunyaanya je seluruh Negeri Johor DaRul Takzim. Hari ini Baginda dijadualkan akan bertemu rakyat di kawasan Parit Sulong Batu Pahat di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.
Trak yang dikatakan berharga RM1,500,000.00 ini tidak dinafikan memang cantik. Ianya ditempah khas di kilang Mack Truck di Australia. Bukan satu, tapi diberitakan bahawa Baginda Sultan membeli tiga (3) buah sekaligus menjadikan jumlah harganya RM4,500,000.00.
Trak ini bukan sahaja menjadi idaman sultan, tapi menjadi idaman semua anak jantan diluar sana mungkin kerana ramai yang mengenali trak ini bila ia pernah muncul di dalam Movie Transformers.
Jum beramai-ramai singgah di MRSM batu pahat. Aku pun nak pergi tgh hari ni insyallah.

Isnin, 9 Mei 2016
Sabtu, 7 Mei 2016
Get Fit for the trail
Memang seriau la kalau tengok omputeh punyer cara, tapi itulah kebenaran. Nak tak nak kena train. Baru best.
Rabu, 4 Mei 2016
Prepare sup kepala kambing
Petang ni saya dan mak mengerjakan kepala kambing untuk dibuat sup. Rasanya belum pernah lagi merasa sup kepala kambing. Entah apa rasanya. Mesti sedap. Insyallah. Nanti dah siap saya ceritakan.
Jumaat, 29 April 2016
Peluang Beramal Tabung Dana Kipas Gergasi Masjid Sultan Ismail
Kepada semua penduduk di sekitar Bandar Batu Pahat, kini anda berpeluang untuk menambah amal bakti dengan bersama-sama menyertai sumbangan amal untuk membeli kipas gergasi untuk masjid Sultan Ismail di Bandar Batu Pahat.
Kipas ni memang besar giler, dan sejuk. Saya pernah rasa anginnya di masjid UTHM tak silap saya lah. Dan juga di banyak masjid-masjid lain kebanyakannya di kuala lumpur.
Kipas ni memang besar giler, dan sejuk. Saya pernah rasa anginnya di masjid UTHM tak silap saya lah. Dan juga di banyak masjid-masjid lain kebanyakannya di kuala lumpur.
Selasa, 26 April 2016
Ultralight Backpackin Guide.
Sekarang tengah galak membaca buku ni. Buku yang baik utk mereka2 yang berminat pasal hiking2 dan masuk hutan, tetapi tak nak bawak yang berat2.
Ok nanti dah habis saya ceritakan. Kbai

Isnin, 25 April 2016
Hiking tips
Source: http://www.israelandyou.com/wp-content/uploads/2014/08/Preparation-tips-for-backpacker-while-hiking.jpg
Ahad, 6 Mac 2016
Musim Kemarau 2016
Alhamdulillah. Hari ni Batu Pahat hujan. Sepanjang hari sejuk-sejuk sahaja. Hari ni saya sempat ke tempat servis kereta untuk servis kereta orang rumah yang dah sampai waktu. Pelik bila dah buat temujanji pukul 11.00 pagi, tetapi tiada dalam senarai. Disumbatkan kan juga kereta saya itu untuk servua. Orang pun tak ramai di pusat servis Honda batu pahat.
Dah lebih kurang seminggu dah tak hujan. Pokok-pokok dah mula menering. Kesian saya tengokkan. Mana-mana pokok yang dekat tu saya gagahkan juga lah nak menyiram. Mana yang jauh tu yang saya kesian sangat. Dah kering macam nak mati dah. Terutamanya pokok jagung yang tumbuh sendiri akibat benih jagung yang jatuh dari lori bulan Januari yang lepas.
Bukan susah sangat pun menyiram pokok ni. Tapi disebabkan saya gunakan air bertakung dari kolah simen, terpaksalah saya ulang isi air dalam bekas penyiram beberapa kali. Sekali di tapak semaian, sekali di bawah pokok pulasan, sekali di kawasan jagung di belakang, sekali di kawasan pokok roselle, sekali di kawasan pagar, dan last sekali di kawasan pokok cili mak. Hah.. Dah berapa banyak kali tu. Boleh sado dibuatnya.
Rumput karpet yang mana dekat sahaja saya siram, yang jauh saya mintak maap sangat-sangat tak dapat nak membantu.
Diharapkan musim kemarau ini akan cepat berakhir. Tak terbayang rasanya kalau musim kemarau ini terus berlanjutan apalagi bila terbayang keadaan yang sebegitu di padang mahsyar nanti. Allahuakbar.

Isnin, 29 Februari 2016
Resepi Jeruk Limau Nipis @ Limau Kasturi
Bosan duduk di rumah otak saya mula berputar dan berfikir apa nak buat. Saya terfikir nak buat jeruk limau nipis. Dah lama membaca di internet caranya, dah lama juga berangan nak buat, tapi tak pernah nak buat. Hingga sekarang. Saya beli 7 biji limau kasturi di pekan Parit Sulong Kedai Wak Adan. Teringat Mak bila terpandang jeruk limau yang dah siap.
Bahan-bahan:
1. 7 biji limau Kasturi
2. 1 botol Cuka buatan
3. 4 sudu gula
4. Secubit garam
Cara-cara:
1. Bersihkan limau dan toskan. Cuba hilangkan kekotoran di kulitnya dengan span atau berus dawai.
2. Golek-golekkan limau di atas kukur kelapa besi. Saya pun tak pasti step ini untuk apa, mungkin nak melembutlan lagi kulitnya dan membanyakkan air.
3. Potong kedua-dua hujung buah. Kelar empat melintang buah limau itu tapi jangan sampai putus. Cukup beberapa inci.
4. Panaskan air di dalam periuk. Rebus bekas dan penutup untuk menyimpan jeruk bagi mati kuman. Keluarkan dan sejukkan sebentar.
5. Rebus limau dalam masa 15-20 minit hingga kulitnya lembut. Angkat dan masukkan kedalam bekas yang kita siapkan tadi. Biarkan sejuk sebentar.
6. Panaskan 1/2 botol cuka, gula dan garam didalam periuk tapi jangan sampai menggelegak. Cukup untuk mencairkan gula sahaja. Setelah gula larut, asingkan dan biar sejuk sebentar.
7. Tuang cuka kedalam bekas yang berisi limau tadi. Tutup dan biarkan sejuk sepenuhnya.
Nota - Cara di atas adalah cara yang saya buat hasil bacaan saya dan ubah suai mengikut citarasa saya.

Anugerah Meletop Era 2016 : Sedikit Komentar
Saya bukanlah orang yang suka tengok TV, apalagi cerita Anugerah-anugerah ni. Tapi biasalah, terpaksa tengok sebab bini dah tengok. Tapi dia yang tido dulu. Saya masih menulis artikel ini.
Ada beberapa benda yang saya rasa perlu diambil kisah tentang malam Anugerah ini yang perlu ditambah baik serta diperbaiki pada masa akan datang:
1. Sound Sistem Teruk - Mungkin penonton di Dewan tidak berapa perasan, tetapi penonton di rumah rata-rata akan setuju yang 'Sound Sistem' AME kali ini sangat-sangat teruk. Suara penyampai dan penyanyi ada kala dengar, ada kala tenggelam. Bunyi lagu juga ada kala terang, dan kebanyakannya tenggelam. Bunyi Bass sahaja yang kadang2 kedengaran kebabom tetapi menyakitkan telinga.
2. Terlalu Banyak Lawak Syok Sendiri - Ini Rancangan Anugerah ke Rancangan Maharaja Lawak? Perlu difikirkan alternatif lain, contohnya selitkan maklumat2 atau seperti yang Dato' AC Mizal buat iaitu selitkan ingatan buat yang telah pergi. Itu lebih baik. 'Lip sync'? Oh come on, its too lame. Thats totally MLM lah bro.. Ultraman tu lagi lah lame..
3. Pentas Terlalu Panjang - Terlalu banyak masa yang habis berjalan di Pentas Utama. Kalau dikira balik agaknya separuh masa habis untuk penyampai2 berjalan di atas pentas yang panjang berjela tu.
4. Terlalu Ramai Artis Yang Tidak Menjaga Aurat dan Menjaga Badan - Ok yang ini mungkin ramai yang tak setuju tapi saya kena cakap juga. Terpulang lah awak tak nak jaga aurat, tapi tolonglah tutup sikit aurat tu jangan sampai nampak lemak terjuih. Artis lelaki sangat-sangat baik dan ramai yang berpakaian kemas dan hemsem-hemsem. Pengaruh Wak Doyok. Mungkin Artis Wanita perlukan Icon yang ala-ala stylo-milo Wak Doyok, tapi perempuan.
4. Pemenang Macam Tak Layak - Bukan tahun lepas diorang dah menang ker? Johan macam taknak ambil hadiah pulak tu.
Nota - Ramai artis yang mewarnakan rambut putih. Trend sekarang ni trend orang tua ye. Baju kot orang tua, rambut putih orang tua, kaca mata stail orang tua.

Ahad, 28 Februari 2016
Lirik Awie Rafael ft Ayai - Manusia Sempurna
Ahhhh ahhhh
Mampukah aku khilaf
Mampukah aku sedar
Mampukah aku hidup
Tanpa Kamu
Yakinkan hati ini
Tabahkan jiwa ini
Oooohhh ohhhh
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Mampukah aku aku tabah
Mampukah ku berubah
Mampukah aku yakin
Tanpa Kamu
Tundukkan hati ini
Bukakan mata ini
Ooohhh ooohhh
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Aku tetap aku
Tolong ajar aku
Ohhhh oohh ooohh
Ohhhh oohh ooohh
Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar
Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar
Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar
Yang Mulus
Yang Benar
Yang Kudus
Yang Bersinar
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Laaa laa laa laaa laaaa
Laaa laa laa laaa laaaa
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Manusia Sempurna
Tolong ajarkan
Aku jadi sempurna
Ohhh yeahhh oohhh yeah
Ahhhh ahhhh ahhhh ahhhh
Nota - Lagu yang aku tengah layan.. Lirik ini aku tulis sendiri. Kalau salah maap la ye.

Jumaat, 26 Februari 2016
Timun Tikus
Sebelum-sebelum ini belum pernah lagi rasanya saya jumpa Timun Tikus. Dah balik kampung ni barulah jumpa. Pokoknya senang hidup. Hidup sendiri. Kalau ditanam bersungguh2, memang payah nak hidup. Pokoknya sejenis tumbuhan merayap sama seperti timun yang biasa kita beli di pasar. Bunganya kecil2 berwarna kuning.
Timun ini kecil sahaja, sesuailah dengan namanya Timun Tikus itu. Kalau dimakan rasanya timun juga. Tapi tak puas sebab kecil. Mungkin kena makan sekali banyak baru puas. Saya pernah terfikir untuk kumpulkan banyak-banyak timun ini dan di masukkan kedalam salad. Mesti sedap. Atau mungkin boleh dibuat jeruk macam yang saya pernah buat untuk cili padi yang hari itu.
Satu perkara yang saya perasan tentang pokok timun tikus ini adalah kalau pokoknya dapat memanjat tinggi, contohnya pokok yang tinggi, buahnya akan jadi besar sedikit berbanding pokok yang menjalar ketinggian sederhana, contohnya pagar.
Mungkinkah pokok timun tikus ini akan dikomersilkan suatu hari nanti? Mungkin tidak.

Rabu, 24 Februari 2016
Lirik Lagu The Zikr Rasul Ibarat Bulan Purnama
Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi
Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi
Sahabat ibarat bintang di langit
Untuk menambah cahaya pirnama
Agar bertambah cahaya purnama
Untuk menambah cahaya di dunia
Untuk faedah hidup manusia
Untuk faedah hidup manusia
Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi
Para Tabien ibarat pohon
Untuk menambah serinya alam
Untuk menambah serinya alam
Para Tabien ibarat pohon
Untuk menambah serinya alam
Untuk menambah serinya alam
Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagian mereka
Menuju negeri yang abadi
Menuju negeri yang abadi
Jika manusia mengambil faedah
Hidup pun cukup membawa bahagia
Hidup pun cukup membawa bahagia
Nota kaki:- lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid yang disertai anak saya pada majlis maulid yang lepas. Lagu yang sedap didengar berulangkali

Selasa, 23 Februari 2016
Casio Protrek Harga Terkini (2016)
Triple sensor - General Purpose
1. PRW-3500 - RM1200
2. PRW-3100 - RM1069
3. PRW-3000 (Tri. sensor v3 1st) - RM990
5. PRW-300 - RM850
6. PRW-270 - RM749
1. PRW-3500 - RM1200
2. PRW-3100 - RM1069
3. PRW-3000 (Tri. sensor v3 1st) - RM990
5. PRW-300 - RM850
6. PRW-270 - RM749
Ahad, 21 Februari 2016
Majlis Sambutan Maulidurasul Kampung Kolam Air
Ahad - Hari ini berlangsungnya majlis sambutan Maulidurasul peringkat Kampung Kolam Air, Kangkar Merlimau, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor yang diadakan dengan sungguh meriah dengan jayanya bertemakan "Masyarakat Bersatu Matlamat Kita"
Sabtu, 20 Februari 2016
Tuaian Labu Pertama
Alhamdulillah hari ni saya menuai Labu Manis pertama yang saya tanam beberapa bulan yang lepas. Akibat ketiadaan lauk sayur petang ini, saya ambil keputusan menuai Labu Manis saya itu. Inilah kali pertama dalam seumur hidup saya menuai Labu saya sendiri. Gembira tak terkata. Gambar anak kedua saya Airis bersama Labu.
Rabu, 17 Februari 2016
Review Casio Protrek PRW-6000Y-1A
Paparan Muka yang Cantik |
Review kali ini adalah berkenaan jam Casio Protrek PRW-6000Y-1A. Setelah memakai jam ini dalam masa setahun, Saya akan menceritakan serba-sedikit ciri-ciri canggih jam ini, spesifikasi yang ada, kelebihan yang dimiliki serta kekurangannya dan juga pesaing2 nya yang lain dalam kategori yang sama. Jangan ingat jam canggih tiada kekurangan ye.
Selasa, 16 Februari 2016
Cara Buat Jeruk Cili Padi
Di depan rumah ni tumbuh sepohon pokok cili padi kampung yang agak merimbun. Tumbuh sendiri. Bila ditanam betul2 tak nak pula tumbuh. Alang2 dah merimbun dan banyak yang dah masak merah tu saya pun bercadang nak buat jeruk cili padi.
Isnin, 15 Februari 2016
Pokok Ginseng Jawa
Pokok Ginseng Jawa ini kecil dan comel sahaja. Baru berangan nak beli, alhamdulillah dah ada di belakang rumah rupanya. Awalnya saya pun tak perasan dia duduk di dalam pasu dibelakang rumah itu. Bila di bersihkan rumput rumpai barulah saya sedar bila,pokok yang sebarang ini tiba-tiba terpancul di hadapan mata.
Ahad, 14 Februari 2016
Review Sambal Pedas Abang Strawberry
Pagi ini kebetulan ada ramai yang balik kekampung jadi mak masak ubi kayu rebus. Kami pun gunakan Abang Strawberry Sambal Pedas yang kami beli di Cameron Highland bulan Sembilan yang tahun lepas.
Sabtu, 13 Februari 2016
Mendaki Bukit Payung Parit Sulong
Seperti yang dah saya cakap sebelum ini, saya tak pernah lagi memanjat bukit payung ini sampai atas. Sampai ke kaki bukit pun tak pernah.
Rabu, 10 Februari 2016
Buah Labu Manis No. 2 dan 3
Alhamdulillah dua biji Labu manis yang saya tanam buahnya lekat. Insyallah membesarlah dengan sihat ye. Walaupun banyak juga yang saya kahwinkan tak berjaya tapi lekat juga dua yang ini, alhamdulillah.
Kumbang Pemakan Labu Manis
Inilah kumbang yang selalu makan bunga labu saya. Habis semua bunga yang baru nak kembang dimakannya. Nak dibunuh kesian. Dibiarkan, bermaharajalela. Buat masa ini saya tak buat apa-apa dahulu.
Sabtu, 6 Februari 2016
Review Filem Ola Bola 2016
Teruja mendengar sebuah filem sukan bolasepak yang pertama di Malaysia kini ditayangkan di pawagam. Saya sekeluarga mengambil masa untuk pergi ke panggung wayang untuk tengok sendiri filem yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.
Jumaat, 5 Februari 2016
Tanam Bawang Cara tanamsendiri.com
Saya ada terbaca dan terlihat video cara tanam bawang oleh encik Iskandar dalam blog beliau tempoh hari. Saya pun teruja lah nak mengikut jejak langkah beliau.
Khamis, 4 Februari 2016
Rabu, 3 Februari 2016
Kelahiran Bunga Kunyit
Kunyit adalah antara pokok herba yang jarang-jarang berbunga. Sekali-sekala melihat kelahiran bunga kunyit menyedarkan kita akan kebesaran Allah taala.
Selasa, 2 Februari 2016
Keladi Makan Mengeluarkan Bunga
Tahukah anda keladi juga mengeluarkan bunga? Seperti tumbuhan-tumbuhan lain, keladi juga mengeluarkan bunga bila keadaan dan keperluan untuk keladi mengeluarkan bunga mencukupi.
Isnin, 1 Februari 2016
Harga Runcit Petrol Turun
Alhamdulillah. Saya tak pergi cek lagi hari ni. Mungkin besok baru nak pergi isi minyak. Patut kerajaan dah lama turunkan harga minyak. Kalau naik tu cepat sahaja, kalau nak turun lambat. Dah turun kenapa tak puji kerajaan?
Ahad, 31 Januari 2016
Membetulkan Pokok Tebu Tumbang
Petang ni lepas Asar nak repair pokok tebu yang dah tumbang. Tapi petang ni takut hujan tak sempat pula. Tengok lah macam mana nanti.
Sabtu, 30 Januari 2016
Benih timun Jepun, kacang panjang renek dan ubi sudah bercambah
Gambar pertama tu gambar anak pokok timun Jepun yang dah keluar daun nombor tiga. Alhamdulillah. Saya tanam hari apa ye hari tu tak ingat. Hai laa... Sebab utama saya buka blog ini sebab nak ingatkan balik apa yang saya tanam. Kadang2 dah banyak sangat dah terlupa. Tapi tak dapat membantu jugak. Dalam satu pek timun Jepun tu ada enam (7) bijik jer, RM3 tu satu pek. Alhamdulillah semuanya hidup. Saya tanam tepi pagar belakang.
Jumaat, 29 Januari 2016
Memulakan teknik Vermikompos
Teruja betul bila saya membaca tentang vermikompos di blog En. Is. Makanya saya pun buat kajianlah dengan lebih lanjut di internet.
Rupenya kaedah ni dah lama digunakan terutamanya di negara-negara maju seperti di Amerika. Mereka siap gunakan cacing dari spesis 'tiger worm' sebab rupanya macam harimau yang berbelang2 tu agaknya. Nama cacing tu 'Eisenia fetida'. Boleh lah rujuk Wikipedia.

'Kubur' Raised Bed
Raised Bed yang saya siapkan semalam. Hari ini baru sempat nak ambil gambar. Itu pun selepas hujan lebat petang tadi.
Bila dah siap ni rasa macam kecik pula. Rasanya dah besar dah. Raised Bed ini saya pakai kayu sebagai penghadang selepas menggunakan konkrit blok untuk tiga raised Bed yang awal. Kira ini raised Bed yang keempat la kan. Kejap jer dah ada empat. Sekali pandang macam kubur, insyallah dah tumbuh pokok nanti okay lah hendaknya.

Semai Benih Labu Baru
Salam Jumaat. Hari cuti macam ni rumah memang meriah. Semua anak2 tak sekolah. Pagi-pagi saya dah masakkan untuk anak- anak telur tarik kesukaan mereka. Telur tarik ni ala-ala macam telur McDonald yang untuk sarapan tu. Memang sedap dan lembut. Anak-anak saya memang suka. Makan begitu pun best, atau makan sekali dengan roti bakar. Mungkin satu hari nanti saya akan cerita tentang resepi rahasia telur tarik ini, insyallah.
Khamis, 28 Januari 2016
Kangkung Liat
Entah kenapa, kangkung yang kakikebun tanam di lot belakang tu bila dimasak liat. Puas mengunyah tak lut. Kalau orang tua yang makan tercabut gigi palsunya agaknye. Kakikebun dah cuba tuai beberapa kali. Dengan anggapan kalau dituai beberapa kali ia akan jadi lembut. Tapi kangkungnya bila dimasak masih liat.
Rabu, 27 Januari 2016
Pokok Selasih Putih (Basil)
SIRAP SELASIH
Bila sebut sirap selasih jer mesti ramai yang telan air liur kan? Haa... Sedap sungguh air sirap ais limau tambah selasih minum masa cuaca panas. Perghh.. Terangkat beb, tak caya cuba. Biji selasih boleh didapati dengan mudah di kedai2 runcit yang jenis dalam uncang plastik kecil. Kalau nak ambik jer kena tarik kuat2.

Selasa, 26 Januari 2016
Aktiviti Hujung minggu lepas
Baru teringat nak update pasal aktiviti hujung minggu lepas. Balik kampung paya panjang, muar. Kampung abah. Dah lama juga tak balik sini. Sambil2 testing lens 50mm Canon. :)
Pokok Kucai Penyeri Taman
PENGALAMAN
Kami dah bertahun-tahun tak beli kucai. Bukan berlagak tapi dah memang begitu. Kucai yang secekak tu alhamdulillah tak habis2 makan. Tapi pernah la jugak ada sekali tu, ehem ehem... Orang rumah terbeli daun kucai. Kaki tak pernah jejak ke kebun. Inilah hasilnya. Dah ada tinggal petik pun dibeli.

Isnin, 25 Januari 2016
Benih baru sampai
Alhamdulillah. Benih yang saya beli dari En. Iskandar Ab Rashid (tanamsendiri.com) dah pun sampai. Tak sabar rasanya nak bercucuk tanam. :)
Alhamdulillah buah Labu semakin membesar
Cepat juga buah Labu ni membesar. Memang excited terlebih la kalau dah menjadi. Ini la dalam seumur hidup kakikebun, buah Labu membesar. Kalau tak sebelum ini kecik ibu jari kaki jer dah gugur.
Langgan:
Catatan (Atom)