Jumaat, 29 Januari 2016

Memulakan teknik Vermikompos

Teruja betul bila saya membaca tentang vermikompos di blog En. Is. Makanya saya pun buat kajianlah dengan lebih lanjut di internet.

Rupenya kaedah ni dah lama digunakan terutamanya di negara-negara maju seperti di Amerika. Mereka siap gunakan cacing dari spesis 'tiger worm' sebab rupanya macam harimau yang berbelang2 tu agaknya. Nama cacing tu 'Eisenia fetida'. Boleh lah rujuk Wikipedia.


Kaedah vermikompos ni sama macam kaedah kompos yang lain. Cumanya kaedah ini lebih tertumpu dengan menggunakan cacing tanah. Saya pun tak tau kalau nak cari 'tiger worm' ni kat mana dalam Malaysia ni. Saya guna cacing tanah biasa.

Kebetulan ada bekas tong plastik besar yang tak digunakan kat belakang rumah. Okay dah boleh mula dah ni. Lepas tu saya cari surat khabar lama. Okay dapat. Tanah dah ada. Cacing. Hmm...

Kalau ikut arahan mudah di internet:-

1. Cari tong yang sesuai - samaada kayu atau plastik. Saya guna tong plastik yang saya cakap awal tadi. Saya takbiat lubang langsung sebab saya bercadang nak letak di luar rumah. Cuma saya tambah penutup sebab taknak kena air hujan.

2. Kertas surat khabar - ambik 3 helai surat khabar dan carikkan panjang2 melintang. Lepas tu rendam dalam air. Buang air yang berlebihan dari surat khabar. Susun cantik2. Kertas surat khabar inilah tempat cacing tu lepak2 dan beranak pinak sebenarnya. Bukan lapisan tanah ye. Kalau ikut arahan, kena tunggu semalaman baru boleh mula tambah cacing. Jangan mampatkan surat khabar tu, biar ada ruang sedikit. Tapi saya tersilap memampatkan sebab dah baca semula baru paham. Hmm...

3. Tanah - saya ambil tanah bahagian top soil di belakang rumah jer. Tanah ini sekadar menutup surat khabar yang kita sediakan tadi. Tujuan tanah ini adalah untuk menjadi tempat makan cacing dan bukan tempat dia lepak2. Jadi tak perlu letak banyak2 sebenarnya.

4. Cacing - Saya ingatkan ini part yang paling senang. Yelah tanah bukan main banyak kat belakang. Rupanya bila kita bersungguh nak cari sesuatu tu memang susahye nak dapat. Alhamdulillah lepas saya gali 3-4 tempat dapat la seekor cacing yang agak besar. Ye, seekor je, cukup lah hari ini seekor. Besok saya cari lagi.

5. Makanan - okay yang ni kena banyak baca lagi sebab tak semua makanan boleh letak. Makanan yang dipotong dulu lagi bagus. Antaraamakanan yang boleh adalah sayuran belum masak, sawi, bawang, nenas, kentang, tomato, Potongan rumput, Lobak merah, apple, pisang, timun, kacang panjang, nasi, Roti, Kulit telur, Serbuk teh,Serbuk kopi. Banyak juga yang boleh ni.

Makanan yang tak boleh adalah makanan yang terlalu banyak, tulang2, susu dan produk tenusu, buahan citrus atau oren, daging, ayam, ikan, makanan berminyak dan kayu keras. Tak tau pula saya macam2 benda yang tak boleh. Jangan tanya saya kenapa yak boleh pula ye.

Cukuplah sebagai permulaan. Kena tambah membaca lagi dan yang paling penting kena mulakan. Tak mula tak guna juga.

Komen

Macam mana cacing dalam badan manusia ni boleh je makan semua benda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan