Isnin, 25 Januari 2016

Alhamdulillah buah Labu semakin membesar


Cepat juga buah Labu ni membesar. Memang excited terlebih la kalau dah menjadi. Ini la dalam seumur hidup kakikebun, buah Labu membesar. Kalau tak sebelum ini kecik ibu jari kaki jer dah gugur.


Gambar pertama kaki kebun ambik minggu lepas. Gambar kedua kakikebun ambik pagi tadi. Bunga di depannya sudah pun kering dan tertanggal sendiri.

Cara-cara mendapatkan buah Labu sudahpun kakikebun ceritakan pada entri yang lepas tapi biarlah kakikebun kongsi sekali lagi disini.

Teknik mendapatkan buah Labu:-

1. Ambik atau putuskan bunga jantan yang berkembang dan letakkan debunga jantan di debunga betina yang mengembang. Bunga jantan kecil dan tiada buah di pangkal bunga manakala bunga betina besar dan ada buah kecil di pangkal bunga. Rujuk gambar pertama di atas. Debunga jantan warnanya kuning emas manakala debunga betina berwarna kuning oren.

2. Selepas dicantum, ikatkan bunga betina menggunakan tali rafia untuk mengelakkkan dimakan ulat atau serangga. Rujuk gambar pertama. Kakikebun tengah buat ujikaji okay tak kalau tak ikat pun.

3. Siap. Kalau berjaya, tandanya adalah bunga tidak akan gugur sehingga kering sendiri.

Insyallah kongsi ramai-ramai tak rugi. Teknik ini pun kakikebun cari di internet. Alhamdulillah berjaya.

KOMEN KAKIKEBUN

Kakikebun guna spray serai wangi afy haniff yang dah dicairkan untuk menghalau serangga. Kira pokok organik juga la kan. Ini bukan iklan.

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan