Entah kenapa, kangkung yang kakikebun tanam di lot belakang tu bila dimasak liat. Puas mengunyah tak lut. Kalau orang tua yang makan tercabut gigi palsunya agaknye. Kakikebun dah cuba tuai beberapa kali. Dengan anggapan kalau dituai beberapa kali ia akan jadi lembut. Tapi kangkungnya bila dimasak masih liat.
Seperti yang semua maklum, kakikebun cuba berkebun secara organik tanpa guna baja dan racun. Jadi takkanlah sebab tak baja kangkungnya liat bila dimasak. Hmm... Mesti ada yang tak kena ni.
Nak kata tak cukup air, hari-hari hujan sekarang ni. Tak mungkin pula lepas ni nak cuba pakai baja pula.
Kakikebun akhirnya cuba bertanya cikgu kebun, Encik Iskandar, tentang masalah ini. Kata beliau, mungkin akar kangkung kekurangan oksigen. Dan mungkin yang kedua adalah pokok kangkung tak cukup kalsium. Nampaknya kakikebun kena buat kajianlah macam mana nak tambah oksigen dan tambah kalsium dalam tanah secara organik.
Okay ini hasil yang kakikebun dapat dari internet:-
1. Untuk tambah oksigen ke dalam tanah - gunakan medium yang sesuai seperti perlite, coco mulch, atau tambah bakteria. Atau tambah Hydrogen Peroxide.
2. Untuk tambah kalsium pula, tambah kulit telur atau tahi kelawar.
Insyallah, dlam masa terdekat ni kakikebun akan usahakan untuk mengikut saranan2 yang telah dikemukakan. Nanti dalam entri yang akan datang kakikebun akan beritahu hasilnya insyallah. Terima kaseh cikgu Iskandar kerana memberi tip.
KOMEN KAKIKEBUN
Nampaknye kakikebun kena makan banyak telur ayam ni nak dapatkan kulit telur... Hmm...
Pecah kaca Cawan Oren
Sudah baca Harap Komen

Tiada ulasan:
Catat Ulasan