Selasa, 26 Januari 2016

Aktiviti Hujung minggu lepas

Baru teringat nak update pasal aktiviti hujung minggu lepas. Balik kampung paya panjang, muar. Kampung abah. Dah lama juga tak balik sini. Sambil2 testing lens 50mm Canon. :)


Selepas menghala balik dari Key El, mak telefon tanya nak balik mana. Kalau balik kampung muar Mak kata mak malas masak. Jadinya kami anak beranak terus ajer balik Muar, senang mak tak payah susah2 nak masak.

Tetiba juga terfikir nak singgah Sabak Aur di Muar. Tempat yang feymes pasal ikan bakar. Masa tu dah jam 6 petang. Orang pun dah agak ramai. Kami pilih kedai yang kedua paling hujung sebab nampak macam ramai orang, kami bungkus jer lauknya boleh makan ramai2 kat rumah nanti.

Semua ada rumah. Adik nombor 3 yang kerja keretapi Tanah Melayu dan yang belajar di USM pun balik tengah cuti semester. Lauk malam tu banyak la juga. Campur lauk yang memang dah masak siang tadi. Nak dijadikan cerita, peti ais rosak so semua makanan kena habiskan malam tu jugak. Adehhh... Over kenyang pulak malam ni...

KOMEN KAKIKEBUN

Sungguhpun kedai yang kami pilih tu ramai orang tapi rupanya kami tersalah pilih. Makanan yang dimasak tak best. Hmm...

Pecah kaca cawan oren
Sudah baca harap komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan