Ahad, 31 Januari 2016

Membetulkan Pokok Tebu Tumbang

Petang ni lepas Asar nak repair pokok tebu yang dah tumbang. Tapi petang ni takut hujan tak sempat pula. Tengok lah macam mana nanti.

Sabtu, 30 Januari 2016

Benih timun Jepun, kacang panjang renek dan ubi sudah bercambah


Gambar pertama tu gambar anak pokok timun Jepun yang dah keluar daun nombor tiga. Alhamdulillah. Saya tanam hari apa ye hari tu tak ingat. Hai laa... Sebab utama saya buka blog ini sebab nak ingatkan balik apa yang saya tanam. Kadang2 dah banyak sangat dah terlupa. Tapi tak dapat membantu jugak. Dalam satu pek timun Jepun tu ada enam (7) bijik jer, RM3 tu satu pek. Alhamdulillah semuanya hidup. Saya tanam tepi pagar belakang.

Jumaat, 29 Januari 2016

Memulakan teknik Vermikompos

Teruja betul bila saya membaca tentang vermikompos di blog En. Is. Makanya saya pun buat kajianlah dengan lebih lanjut di internet.

Rupenya kaedah ni dah lama digunakan terutamanya di negara-negara maju seperti di Amerika. Mereka siap gunakan cacing dari spesis 'tiger worm' sebab rupanya macam harimau yang berbelang2 tu agaknya. Nama cacing tu 'Eisenia fetida'. Boleh lah rujuk Wikipedia.

'Kubur' Raised Bed

Raised Bed yang saya siapkan semalam. Hari ini baru sempat nak ambil gambar. Itu pun selepas hujan lebat petang tadi.

Bila dah siap ni rasa macam kecik pula. Rasanya dah besar dah. Raised Bed ini saya pakai kayu sebagai penghadang selepas menggunakan konkrit blok untuk tiga raised Bed yang awal. Kira ini raised Bed yang keempat la kan. Kejap jer dah ada empat. Sekali pandang macam kubur, insyallah dah tumbuh pokok nanti okay lah hendaknya.

Semai Benih Labu Baru

Salam Jumaat. Hari cuti macam ni rumah memang meriah. Semua anak2 tak sekolah. Pagi-pagi saya dah masakkan untuk anak- anak telur tarik kesukaan mereka. Telur tarik ni ala-ala macam telur McDonald yang untuk sarapan tu. Memang sedap dan lembut. Anak-anak saya memang suka. Makan begitu pun best, atau makan sekali dengan roti bakar. Mungkin satu hari nanti saya akan cerita tentang resepi rahasia telur tarik ini, insyallah.

Khamis, 28 Januari 2016

Kangkung Liat

Entah kenapa, kangkung yang kakikebun tanam di lot belakang tu bila dimasak liat. Puas mengunyah tak lut. Kalau orang tua yang makan tercabut gigi palsunya agaknye. Kakikebun dah cuba tuai beberapa kali. Dengan anggapan kalau dituai beberapa kali ia akan jadi lembut. Tapi kangkungnya bila dimasak masih liat.

Rabu, 27 Januari 2016

Pokok Selasih Putih (Basil)

SIRAP SELASIH

Bila sebut sirap selasih jer mesti ramai yang telan air liur kan? Haa... Sedap sungguh air sirap ais limau tambah selasih minum masa cuaca panas. Perghh.. Terangkat beb, tak caya cuba. Biji selasih boleh didapati dengan mudah di kedai2 runcit yang jenis dalam uncang plastik kecil. Kalau nak ambik jer kena tarik kuat2.

Selasa, 26 Januari 2016

Aktiviti Hujung minggu lepas

Baru teringat nak update pasal aktiviti hujung minggu lepas. Balik kampung paya panjang, muar. Kampung abah. Dah lama juga tak balik sini. Sambil2 testing lens 50mm Canon. :)

Pokok Kucai Penyeri Taman

PENGALAMAN

Kami dah bertahun-tahun tak beli kucai. Bukan berlagak tapi dah memang begitu. Kucai yang secekak tu alhamdulillah tak habis2 makan. Tapi pernah la jugak ada sekali tu, ehem ehem... Orang rumah terbeli daun kucai. Kaki tak pernah jejak ke kebun. Inilah hasilnya. Dah ada tinggal petik pun dibeli.

Isnin, 25 Januari 2016

Benih baru sampai

Alhamdulillah. Benih yang saya beli dari En. Iskandar Ab Rashid (tanamsendiri.com) dah pun sampai. Tak sabar rasanya nak bercucuk tanam. :)

Alhamdulillah buah Labu semakin membesar


Cepat juga buah Labu ni membesar. Memang excited terlebih la kalau dah menjadi. Ini la dalam seumur hidup kakikebun, buah Labu membesar. Kalau tak sebelum ini kecik ibu jari kaki jer dah gugur.

Ahad, 24 Januari 2016

Cara betul mendapatkan buah labu

Kakikebun mengaku memang kakikebun tak pernah sekali pun merasa Labu yang kakikebun tanam sendiri. Semuanya tak hidup selang dua tiga hari buahnya gugur. Asyik dapat makan sayur daun Labu sahaja.

Mental Arithmetik, pengiraan mental oleh adik Rinne Tsujikubo

Kagum. Itulah sahaja yang kakikebun boleh cakap pasal anak kecil bernama Rinne Tsujikubo dari Jepun ini.

Sabtu, 23 Januari 2016

Pembantu Rumah Sambilan

Tak dinafikan harga untuk mengambil pembantu rumah sekarang ini cukup mahal. Takde RM8,000 jangan mimpi nak ambil pembantu rumah Indonesia. Apa lagi pembantu rumah Filipina, lagi la mahal.

Jumaat, 22 Januari 2016

Pengalaman Repair Casio Protrek PRW6000Y

Hari ni kitorang pergi mengembara ke Key El. Nak cari gelang dan nak reper jam saya yang rosak. Bukan rosak apa pun, terjatuh tak sengaja terus jarum yang kecik tu tercabot. Jam mahal pun jarum boley tercabot ok. Kena pergi ke ofis besar Casio kat jalan Segambut. Marco Corp. Kalau peminat jam Casio memang tau la tempat ni. Ini dah kali keberapa entah datang sini. Kali pertama dan kedua reper jam Gshock yang besi tu, kali ketiga reper jam Gshock adik. Hmm... Kali keempat dah datang sini. Nanti saya beritahu alamatnya.

Khamis, 21 Januari 2016

Syarat mendapat syafaat nabi

Sempat tgk kuliah pagi tadi di Tv9. Ada 4 syarat untuk mendapat syafaat nabi Muhammad iaitu:-

1. Umat nabi muhammad
2. Banyak selawat ke atas nabi
3. Cinta nabi dengan mengamalkan sunnah
4. Tidak banyak dosa

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

Anak Felda di Antartika

PENGALAMAN

Ofkos ler kakikebun belum pernah sampai ke sana. Tapi kakikebun memang minat benda2 outdoor-outdoor ni. Adventur sungguh. Rasa jantan espesialli bila dah masuk dalam hutan. Outdoor ni best kalau ada kaki @ geng bas sekolah. Kalau sorang tak jadinye.

Rabu, 20 Januari 2016

Misi Mencari Ubi Kayu

PERGI PASAR

Hari ni semua orang cuti sebab nak menjaga Aisya yang baru keluar hospital semalam. Alhamdulillah pagi ni masih sejuk badannya dan kami pun tak beri ubat demam dah. Pagi2 lagi dah beria-ria nak ikut menghantar kakak-kakak dia ke sekolah. Orang rumah ajak sarapan di warung roti canai yang terkenal di Parit Sulong. Mak pun nak ikut sekali nak pergi berbelanja di pasar. Besok Khamis, pasar tutup hari Khamis.

Petua Halau Babi Hutan II

PENGALAMAN

Pada entri terdahulu kakikebun ada menceritakan pengalaman menghalau babi supaya tak kacau kebun dengan menanam kunyit sebaris panjang. Kali ini kakikebun nak cerita pasal cara kedua yang juga efektip untuk menghalau babi hutan dari kebun.

Selasa, 19 Januari 2016

Aisha dah sembuh

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Hari ni dah sembuh dan dah boleh balik dari hospital. Terima kaseh kepada semua yang berdoa.

Isnin, 18 Januari 2016

Aisha masuk hospital (part II)

Mata yang sayu menggambarkan betapa kuatnya anak kecil ini mengharungi detik2 yang sukar didalam hidup dia yang belum sampai umur 2 tahun.

Aisya Demam Panas

Innalillah, tengah hari ni anak kakikebun yang paling kecil kena masuk Hospital, demam sawan tarik. Memang dari semalam dah panas badan dan kami dah pun beri ubat demam. Pagi ni tiba2 jadi teruk sampai kena refer hospital. Dokter kata suhu takde lah tinggi sangat, hanya 38'C sahaja.

Tengah hari kakikebun masak kurma ayam jer. Takde selera nak masak lebih2.

Lepas ni nak terus pergi ke Hospital Batu Pahat.

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

Ahad, 17 Januari 2016

Cara mudah tanam pokok ketum

Entah kenapa tengah melayar website pokok dan herba di internet tetiba terjumpa artikel ini. Kakikebun tak tau pula pokok ini boleh tanam pakai biji benih atau keratan batang. Tetiba rasa teruja pula nak tanam pokok ini. Tapi rasanya tak boleh dah. Kang tak pasal2 kena masuk lokap.

Sabtu, 16 Januari 2016

Petua mudah halau babi hutan

Petua ni dapat secara tak sengaja sebenarnya. Semasa bulan Ramadhan tahun lepas, kakikebun mula memikirkan apa tumbuhan yang nak ditanam. Antara yang terlintas di fikiran masa tu adalah pokok kunyit. Jadi kakikebun pun pergilah ke kedai beli kunyit basah dan tanam (sila rujuk entri sebelum ini untuk cara mudah tanam kunyit).

Pokok Asam 'Apple' untuk beginner

Hari ni pasar Sabtu Parit Sulong, Mak pagi2 dah ikut abg dee pergi Key El katanya. Orang rumah mintak tolong beli daun sup sikit. Aii.. pergi pekan semata2 nak beli daun sup jer. Buang karan betul. Jadinya tambah lah apa lain2 yang patut. Kakikebun beli kek coklat kecik RM6 seketul, apam balik RM2.50 untuk amna, bawang merah RM4.50 sekilo. Hmm... Apa lagi ye... Kakikebun tengah berangan2 nak tanam pokok tapi tak tahu lagi pokok apa.

Jumaat, 15 Januari 2016

Musim tengkujuh kembali?

Petang ni hujan lebat betul. Alhamdulillah. Masa tengah hujan lebat tadi, tetiba teringat pasal bekas benih belum alih. Nasib baik air tak naik, masih boleh diselamatkan. Beberapa hari ni asal petang jer hujan, asal petang jer hujan. Alhamdulillah lah sebab tak payah kakikebun yang pergi menyiram pokok petang-petang.

Maksud sebenar di sebalik rancangan "Terlajak putih, nampak"

Kakikebun bukanlah seorang yang suka tengok tv. Apalagi tengok rancangan Astro. Entah kenapa tak sengaja tertengok rancangan "Terlajak Putih, Nampak" yang dihoskan oleh Pak Nil nih. Tak perlulah rasanya nak cerita lebih2 sebab kakikebun tau orang internet ni lagi pandai dari tukang kebun yang tak pandai ni. Boleh jer bukak Youtub kan. Kakikebun terasa terpanggil nak membuat entri ini sebab puas kakikebun memikirkan kenapa diberi tajuk rancangan yang sedemikian rupa. Tajuk yang pelik. Tapi akhirnya kakikebun dapat tangkap apa maksudnya. Ok kalau nak tau teruskan membaca.

Khamis, 14 Januari 2016

Petua hilangkan lidas nenas

(Gambar google)

Sekarang ni tengah musim nenas di parit sulong. Nenas ni tumbuhan tidak bermusim, jadi secara logiknya tak boleh la cakap musim kan. Lebih kepada musim menuai la mcm tu.

Rabu, 13 Januari 2016

Projek tanam bawang

Petang tadi lepas tolong mak buang sabut kelapa, kakikebun terus siapkan homework yang kakikebun kata nak siapkan untuk hari ni, iaitu tanam bawang.

Pokok jagung selamat hari pertama 'persekolahan'

Alhamdulillah, semua anak pokok jagung yang kakikebun tanam semalam hidup dan mengharungi hari kedua mereka hari ini. Kakikebun menyiram dengan hati yang berbunga-bunga. :) semoga kamu sihat2 sampai tua.

Selasa, 12 Januari 2016

Pindahkan semua jagung

Alhamdulillah, jagung yang kakikebun pindah pagi tadi (sila lihat entri di bawah) telah berjaya hidup sampai ke petang. Ini bermakna ia berjaya melawan panas matahari dan kakikebun dah berani sikit lah nak pindahkan yang lain-lain.

Pindah anak Pokok jagung ke batas

Pokok Jagung

Pagi ni awal- awal lagi kakikebun dah pindahkan satu anak pokok jagung ke tanah. Harap-harap hiduplah. Insyallah.

Isnin, 11 Januari 2016

Cara mudah tanam kunyit hidup

Alhamdulillah seronok tengok pokok kunyit yang merimbun-rimbun. Boleh ker nak jual tu? Tak pasti pula. Hehe.. Pokok kunyit adalah antara yang agak susah juga nak hidup. Ikut nasib. Kadang kala tumbuh. Kadang kala tidak. Dan selalunya apa yang berlaku memang dia tak tumbuh bila di tanam secara terus ke tanah.

Ahad, 10 Januari 2016

Cara mudah tanam kacang panjang

Kacang panjang cukup mudah ditanam dan sesuai juga untuk beginners garden. Varieti yang saya perasan ada dijual adalah jenis kacang panjang biasa dan renek. Belum lagi jumpa jenis yang warna merah. Mungkin kena rajin cari lagi.

Sabtu, 9 Januari 2016

Teknik sendiri tanam jagung.

Alhamdulillah... Akhirnya!! Oh lamanyer tunggu akhirnya burtunas juga pokok jagung saya. Ini kira dah kali ketiga baru menjadi. Kali pertama mak suruh rendam biji benihnya, saya pun rendam. Tak hidup. Kali kedua saya main tanam terus atas tanah. Hujan lebat tengkujuh. Tak hidup.

Khamis, 7 Januari 2016

Tikus boleh hidup di mana-mana sahaja

Hari ni ada kesempatan masa sikit, saya ringan-ringankan tulang mengemas setor yang dah macam apa tu. Dulu masa ada bibik disumbatkan sahaja segala jenis barang. Bukan nak susun dulu cantik-cantik. Dulang sana dengan dulang. Mangkuk dengan mangkuk, plastik dengan plastik.

Rabu, 6 Januari 2016

Cara Mudah Tanam Keladi

Entah kenapa, saya suka tanam keladi. Mungkin sebab dia senang hidup dan saya rasa puas bila nampak keladi saya dah besar dan membuahkan hasil. Ada keluar anak dan sulur.

Selasa, 5 Januari 2016

Tebu

Penat pula rasanya nak berkebun hari ni.. Tunggu pukul 11 jer nak ambik anak di sekolah pra. Ada tenaga sikit ni bersihkan kawasan tebu yang dah lama terbiar tu.. Tapi nak mencangkung pula tak larat.. Hmm.. Mana pula aku punyer bangku kecik tu..

Isnin, 4 Januari 2016

Tanaman baru

(gambar wiki)

Petang tadi sempat juga menyiram air di kebun belakang. Kesian pokok banyak yang dah kering. Cuaca mendung macam nak hujan tapi hujannyer tak turun-turun.

Pergi bandar

Hari ni sempat juga menghala ke bandar batu pahat. Singgah sekejap di nursery tepi jalan besar sebelah jambatan tongkang pecah. Macam2 pokok ada. Tapi tiada yang berkenan di hati.

Kena cepat sebab nak ambik Airis pukul 11.30 nanti.

Tips Mudah Post Blog


Mungkin ramai dari bloggers di luar sana tu hendak bercerita di blog masing2 tapi proses untuk post blog itu sangat renyah menyebabkan ramai bloggers yang bersemangat awal-awal sahaja, sampai satu peringkat dah malas dan tak rajin nak tulis blog.

Ahad, 3 Januari 2016

Physalis

(gambar wiki)

Petang ni hanya sempat membersihkan kawasan keladi, tanam balik sulurnya ke tempat lain, dan memindahkan pokok physalis.

Change of plan : Tanam rumput karpet

(gambar wiki)

Tak pasti pulak rumput ini dari kumpulan mana, jadi saya buat la sikit kaji selidik yang tak seberapa. Rasanya dari jenis Manila Grass atau lebih dikenali sebagai rumput Phillipines.

Serai makan

Plan hari ni nak tanam serai. Tengoklah macam mana. Ikut kerajinan.

Hari pertama Aisha ke school

Alhamdulillah, Seronok ye pergi ke sekolah rupanya.. Babah doakan semoga terus-terusan baiknya. Insyallah.



Hari pertama persekolahan 2016


Sekolah di Johor bermula hari ahad, jadi semacam tiada 'monday blues' seperti orang2 lain. Rasa seronok semacam jer.

Amna sekarang dah masuk darjah 2a di sekolah rendah parit sulong. Adiknya Airis pula dapat masuk prasekolah di sekolah yang sama.

Harap2 tak buat perangai menangis ke hapa. Babah doakan menjadi anak yang pandai cerdik dan solehah.

Sabtu, 2 Januari 2016

Cerita bulan Ogos

Gambar sewaktu mula-mula bercucuk tanam kat belakang rumah. Tak sangka diam tak diam dah empat bulan jugak bercucuk tanam belakang rumah. Nanti ada masa saya upload gambar terkini. Dah jauh bezanya. Insyallah.

Burung Kunyit Besar

Sekarang ni selalu juga saya nampak burung ni berkeliaran di sekaliling rumah saya di Parit Sulong. Pada mulanya saya memang tak kenal langsung burung ini tapi setelah dibantu encik google dapatlah sedikit info tentangnya.

Salam perkenalan

Baru nak berjinak-jinak berkebun di belakang rumah. Setakat ini Alhamdulillah dah mula bercucuk tanam sejak 6 bulan yang lalu dan sekarang dah ada yang mengeluarkan hasil. Antaranya pokok tebu, pokok keladi, pokok kunyit, pokok mulberry, pokok bendi, pokok kacang panjang, pokok sawi Puteh pokok kangkung dan pokok lavender (masih dalam tempoh percubaan).


Insyallah akan update selalu mengikut kerajinan. Terima kaseh kerana menjenguk.