Ahad, 3 Januari 2016

Physalis

(gambar wiki)

Petang ni hanya sempat membersihkan kawasan keladi, tanam balik sulurnya ke tempat lain, dan memindahkan pokok physalis.


Pokok physalis atau lebih dikenali dengan pokok buah letup ini sudah amat-amat jarang   ditemui. Masa saya kecik-kecik dulu selalu juga jumpa dalam semak samun di tepi rumah. Semenjak dua menjak ini baru jumpa balik pokok ni di belakang rumah yang bersemak samun.

Buah ini kecil sahaja dibandingkan dengan physalis emas atau 'golden physalis' yang saya pernah jumpa dijual di pasaraya. Phtsalus emas itu lebih 2 atau 3 kali ganda lebih besar.

Mungkin saya perlu beli yang besar itu buat benih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan