Jumaat, 22 Januari 2016

Pengalaman Repair Casio Protrek PRW6000Y

Hari ni kitorang pergi mengembara ke Key El. Nak cari gelang dan nak reper jam saya yang rosak. Bukan rosak apa pun, terjatuh tak sengaja terus jarum yang kecik tu tercabot. Jam mahal pun jarum boley tercabot ok. Kena pergi ke ofis besar Casio kat jalan Segambut. Marco Corp. Kalau peminat jam Casio memang tau la tempat ni. Ini dah kali keberapa entah datang sini. Kali pertama dan kedua reper jam Gshock yang besi tu, kali ketiga reper jam Gshock adik. Hmm... Kali keempat dah datang sini. Nanti saya beritahu alamatnya.


Saya ni peminat jam G Shock juga lah. Model selain G Shock memang saya tak minat. Model ni hadiah kawan2 dari tempat kerja lama. Protrek PRW6000-Y-1A. Bukan nak berlagak lah tapi kalau model yang akhir dengan '1A' tu made in japang tau. :) Tengkiu gais.. you're the best. Saya dapat bulan 5 tahun lepas, bulan 1 tahun ni rosak. Kira belum setahun la tu kan.

Okay, berbalik kepada cerita jam Casio Protrek PRW6000Y, yang rosaknya adalah jarum penunjuk Mode yang tercabut. Terlupa pula nak ambik gambar jam yang rosak tu. Alhamdulillah saya sampai sana dalam pukul 4.30 petang. Parking memang susah, terpaksa parking di sebelah luar lebuh raya. Sebab saya tengok ramai yang buat parking semberono macam tu jadinya saya pun ikutlah. Nasib baik tak kena saman. Saya terus menuju ke lot bangunan Macro tu, ada seorang jaga yang duduk kat tempat jaga sebelah lif. Belum sempat dia tanya, saya terus jawab "Nak reper Jam, uncle". Okay, tulis nama. Lepas tulis nama saya dalam buku saya terus naik lif ke tingkat 2. Keluar lif terus belok kiri ke Office repair jam. Orang takde, cuma ada seorang uncle yang saya kira dalam umur 50an yang sedang tunggu jamnye direpair. Lepas bagi jam saya dan beritahu apa yang tak kena, amoi cantik penjaga kaunter tu terus mintak kad warranti. Saya dah agak dah mesti dia mintak punye, saya pun bagilah dah ready dari tadi.

Lepas tu saya pun lepak2 sambil tunggu repair.  Agaknya dia terus buat la kot, tak datang balik pun. Dekat dalam ofis tu ada TV LCD tayang cerita2 pasal jam Casio G Shock Rangeman. Kecur juga air liur bila tengok iklan G Shock  Saya pun berbual-bual kosong dengan uncle yang tengah tunggu tu. Dia kata nak tukar bateri, saya kata "hai, tukar bateri pun sampai datang ofis jauh2 ni, dah lah jauh, parking pun susah". Rupa-rupanya di tukar bateri untuk 5-6 jam yang dia bawak. Pergh... banyak tu jam dia, jual jam GSchock agaknya, kan budak-budak sekarang ni gila jual beli GShock. Lepas aku tunggu dalam 15-20 minit, amoi cantik tu datang balik bawak jam aku. Dah siap katanya. Hai.. laju giler dan effisient sungguh perkhidmatannya.. terbaiklah Macro Corp, ko memang hebat. Saya bagi lima bintang.

Tapi sejak akhir2 ni dah tak bernafsu tengok jam. Nak beli pun dah malas cukuplah koleksi jam yang dah ada tu. Dah ada protrek ni bila lagi nak masuk dalam hutan? Dah meroyan.

Alamat Marco Corp.
No.2,2nd Floor, Jalan Segamut,, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Phone:+60 3-4043 3111

Websitehttp://www.marco-groups.com/

Map of Marco Corporation (M) Sdn Bhd, Marco Heritage(M) Sdn Bhd



Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan