Ahad, 24 Januari 2016

Mental Arithmetik, pengiraan mental oleh adik Rinne Tsujikubo

Kagum. Itulah sahaja yang kakikebun boleh cakap pasal anak kecil bernama Rinne Tsujikubo dari Jepun ini.


Kakikebun dah cakap rasanya pada entry yang dahulu, kakikebun ni tak berapa gemar tengok tv. Tapi kadang2 tertengok juga tak sengaja. Malam semalam terbuka cerita yang sungguh mengujakan di Ntv7, Super Brain China pukul 10 malam.

Cerita ini adalah perlawanan siapa lebih hebat otaknya diantara peserta dari negara China dan Jepun.

Dengan selamba je adik Rinne Tsujikubo ni jawab soalan matematik yang kalau pakai kalkulator pun susah sebab terlalu banyak nombornya. Dia boleh jawab pakai otak sahaja. Siap boleh cek balik pulak tu. Kakikebun memang syorkan sangat mereka kat luar sana tengok cerita ni. Cari la kat youtube ke mana ke ajak anak2 tengok sekali. Memang best.

KOMEN KAKIKEBUN

Nak congak yang sikit pun tak dapat... Hmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan