Hari ni pasar Sabtu Parit Sulong, Mak pagi2 dah ikut abg dee pergi Key El katanya. Orang rumah mintak tolong beli daun sup sikit. Aii.. pergi pekan semata2 nak beli daun sup jer. Buang karan betul. Jadinya tambah lah apa lain2 yang patut. Kakikebun beli kek coklat kecik RM6 seketul, apam balik RM2.50 untuk amna, bawang merah RM4.50 sekilo. Hmm... Apa lagi ye... Kakikebun tengah berangan2 nak tanam pokok tapi tak tahu lagi pokok apa.
Sambil berpusing2 kat pasar tu layan barang bundle, kakikebun terpandang kedai jual pokok2 buah. Pokok asam ni banyak jenis rupanya. Ada asam apple, asam king, dan entah asam apa lagi yang wak jawa tu cakap kakikebun pun tak faham. Teringin juga nak tanam asam apple macam yang kakikebun buat masa duduk KeyEl dulu. Alhamdulillah merasa juga buahnya sebelum pindah kampung.
Jadinya, beli la satu pokok asam apple yang dah kawen dengan asam kampung. Itulah yang wak jawa tu cakap entah ye entah tidak. RM7 sepokok. Boleh la. Balik ni kena nyorok dulu takut orang rumah nampak kang marah pulak.
Petang ni boleh tanam. By the way, haa perasan tak gambar kat atas tu. Bokeh dia okay tak. Hehe... Pakai kamera lama. Renyah juga nak masuk komputer la. Lepas tu kena send balik ke henset pulak. Adoyai. Tapi hasilnya memuaskan. Alhamdulillah.
Nak pergi kait buah kelapa pulak ni. Nak buat minum tengah hari. Jum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan