Khamis, 14 Januari 2016

Petua hilangkan lidas nenas

(Gambar google)

Sekarang ni tengah musim nenas di parit sulong. Nenas ni tumbuhan tidak bermusim, jadi secara logiknya tak boleh la cakap musim kan. Lebih kepada musim menuai la mcm tu.


Tapi bila dipikirkan balik sekarang ni banyak buah buahan yang dah tak ikut musim.  Tengok sahajalah di KL tu, durian hampir boleh dapat sepanjang tahun. Entah durian dari mana tak tahu lah.

So, berbalik kepada cerita nenas tadi. Bila dah musim menuai2 ni, kalau towkey yang baik hati bila lalu sebelah kebun tu kita tegur ehem2 dapat la dua tiga bijik. Kalau yang baik hati lagi dapat la 10 bijik. Hah banyak tu. Tapi kalau dah sekebun tuai buah nanas apalah sangat derma 10 bijik kan.

Kakikebun kecik2 dulu mak pernah ajar petua hilangkan lidas bila makan nenas nih. Okay caranya begini:-

1. Bersihkan nenas dengan basuh sekejap kat paip mana la tau ada pasir ker, taik kucing ker.. Hmm...
2. Potong melintang bahagian tangkai nenas tu biar sampai 1/2 inci isi nenas. Agak-agak jer.
3. Ok sekarang pusing dan gosok bahagian yang kita potong melintang tu di bahagian buah yang kita dah potong tu. Kira macam main pusing2 la...hehe..
4. Buat selama beberapa kali sampai keluar lendir dan getahnya.
5. Kalau nak power lagi tambah garam pada bahagian yang kita pusing2 tu.
6. Kemudian barulah dibasuh lendir dan getah itu dan bolehlah dipotong kulit dan dibuatlah apa2 lagi yang patut.
7. Kalau mak itam kakikebun lepas dah potong kulit semua bagai, dilumur sekali lagi dengan garam masak.

Pergh cerita macam ni pun dah kecur air liur rasa nak makan nenas. Alhamdulillah kakikebun dah pun balun sebijik tadi makan dengan kicap. Memang terangkatt...

Lendir yang keluar itulah sebenarnya rasa lidas itu timbul bila makan nenas. Teknik ini jugak boleh digunakan untuk timun. Tapi itu mungkin entri di lain hari.

Kakikebun sendiri belum pernah berjaya tanam nenas sampai berbuah. Macam mana ye nak tanam nenas sampai keluar buah?

1 ulasan:

  1. Tuga Entri sebelum ini semua takde gambar. Nampak macam tak cantik. Jadi saya terpaksa la juga letak gambar dari internet

    BalasPadam