Selasa, 19 Januari 2016

Aisha dah sembuh

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Hari ni dah sembuh dan dah boleh balik dari hospital. Terima kaseh kepada semua yang berdoa.


Pagi tadi pukul 11.00 masa periksa dokter kata tengah hari dah boleh balik. Jadi kakikebun pun tunggulah sampai tengah hari. Bila dah tengah hari misi cakap petang baru boleh balik. Hmm.. Petang pun pukul 3. Ambik masa pusing2 dengan Aisha dalam taman bunga di sebelah wad anak-anak. Ada kolam ikan bagai. Sempat juga bagi ikan makan roti yang tak habis. Tunggu punye tunggu punye tunggu pukul 4 baru dokter buat round. Baru dibenarkan balik. Alhamdulillah. Tak perlu bayar apa-apa sebab guna GL. Selepas ambil ubat dan jumpa sekuriti, terus boleh balik.

Jum balik.

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan