Isnin, 18 Januari 2016

Aisha masuk hospital (part II)

Mata yang sayu menggambarkan betapa kuatnya anak kecil ini mengharungi detik2 yang sukar didalam hidup dia yang belum sampai umur 2 tahun.


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Sesampainya kakikebun ke hospital Batu Pahat, Ibunya sedang menceritakan kembali apa yang diberitahu oleh Cikgu Aisha, detik2 semasa berlakunya kejadian pagi tadi keada sekumpulan dokter. Semasa Aisha sedang menunggu giliran hendak mandi, dan sedang cikgu bercakap dengan ibu Aisha di telefon, Aisha pun pengsan dan sawan tarik. Ibunya bergegas terus ke taska UTHM, tempat Aisha dijaga.

Cikgu memanggil ambulans untuk dihantar ke klinik. Aisha terus dihantar ke wad kecemasan Hospital Batu Pahat sebelum dimasukkan ke wad 2, wad kanak-kanak.

Aisha gembira petang tadi walaupun badannya masih panas. Semoga dikau terus tabah dan sembuh wahai anakku sayang..

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

1 ulasan:

  1. Doakan moga Aisha cepat pulih kembali seperti biasa.
    Ibu Aisha pun take care ambil rehat juga ya.

    BalasPadam