Rabu, 20 Januari 2016

Petua Halau Babi Hutan II

PENGALAMAN

Pada entri terdahulu kakikebun ada menceritakan pengalaman menghalau babi supaya tak kacau kebun dengan menanam kunyit sebaris panjang. Kali ini kakikebun nak cerita pasal cara kedua yang juga efektip untuk menghalau babi hutan dari kebun.


BABI HUTAN

Babi hutan ni sebenarnya cukup diminati oleh apek pemburu babi hutan. Acapkali juga kedengaran bunyi tembakan dari sebelah hutan belakang rumah tanda orang sedang memburu babi hutan. Adakala berjaya, adakala tak berjaya. Pernah juga sekali tu bangkai babi terbiar tidak jauh dari hutan belakang rumah, baunya cukup hanyir dan busuk. Barangkali dah kena tembak tapi dibiarkan mati sahaja sebab babi tu lari lagi laju dari apek tu. Satu soalan, kalau babi biasa yang sesat dalam hutan dikira babi hutan tak?

PETUA

Okay berbalik kepada petua menghalau babi tadi. Petua ini cukup mudah berbanding petua yang pertama yang kakikebun kongsi tak lama dulu. Tak payah nak tanam apa2, tak payah nak keluar duit bagai. Caranya adalah dengan menggunakan rambut. Rambut manusia ya, bukan rambut binatang atau kuda atau sebagainya.

Cara yang paling mudah untuk mencari rambut yang banyak adalah dengan pergi ke kedai gunting rambut. Jangan risau, diorang lagi suka sebenarnya kita mintak rambut untung2 dia akan bagi seguni besar macam yang kakikebun pernah dapat dulu. Sebabnya senang jer, diorang malas nak uruskan rambut yang dah banyak sangat, mungkin sampai peringkat kena tanam. Baik diorang bagi jer pada orang yang mintak, tak begitu?

CARA MENGGUNAKAN

Cuma perlu tabur sahaja rambut tu di sekeliling pokok atau di sekeliling kebun. Insyallah binatang tu akan menjauhi kebun anda. Entah kenapa babi takut dengan rambut manusia tu kakikebun pun tak tau. Tapi mungkin kerana rambut manusia ada bau manusia, yelah takkan rambut manusia bau kuda pulak kan... Hmm... babi tu dari jauh dah lari masuk hutan balik bila terbau manusia.

KOMEN KAKIKEBUN

Mungkin apek penembak babi hutan perlu gunting rambut botak. Supaya babi tak lari.. Hmm...

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

4 ulasan:

  1. Babi takut tertelan rambut dan ia tersangkut di tekak.

    Apa kita rasa bila sehelai rambut terlekat di tekak

    BalasPadam
  2. Babi amat tahan lasak .Saya sendiri dah cuba macam - macam. Dulu masuk kebun habis dikerjakannya ubi kayu.Setahun juga saya merajuk. Sekarang sedang mencuba sejenis cecair .Tak tahu ok ke tak.Tapi dengar cerita AMAT BAGUS.Boleh check link di bawah:
    https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak

    BalasPadam
  3. apa kata letak poster atau gambo Najib Razak saiz besar sikit..ni pun babi hutan takut gak

    BalasPadam
  4. Ada idea guna lampu merah kelip2 waktu mlm...tp ay belom.cuba

    BalasPadam