Sabtu, 30 Januari 2016

Benih timun Jepun, kacang panjang renek dan ubi sudah bercambah


Gambar pertama tu gambar anak pokok timun Jepun yang dah keluar daun nombor tiga. Alhamdulillah. Saya tanam hari apa ye hari tu tak ingat. Hai laa... Sebab utama saya buka blog ini sebab nak ingatkan balik apa yang saya tanam. Kadang2 dah banyak sangat dah terlupa. Tapi tak dapat membantu jugak. Dalam satu pek timun Jepun tu ada enam (7) bijik jer, RM3 tu satu pek. Alhamdulillah semuanya hidup. Saya tanam tepi pagar belakang.













Gambar kedua ini pula anak pokok kacang panjang renek. Biji benihnya saya ambil dari kacang panjang renek yang saya tanam sebelum ini. Kira dah kali kedua la ni tanam. Apa istilah sebenar tu tak pasti nanti kena cari balik. Batch ker? Juga saya tanam di pagar belakang senang dia nak memanjat.



Gambar ketiga pula benih ubi yang saya curi ambil di rumah orang dengan mak tempoh hari. Kejap jer dah keluar pucuk. Tak sampai seminggu rasanya. Kena hati2 ni sebab tanam sebelah betul dengan pokok kacang dan pokok timun yang menjalar. Takut pokok kacang tu berpaut pada pokok ubi pulak.

Ambik gambar selepas hujan petang cambest jer kan. Kikiki... Ker terlalu gelap?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan