Jumaat, 15 Januari 2016

Musim tengkujuh kembali?

Petang ni hujan lebat betul. Alhamdulillah. Masa tengah hujan lebat tadi, tetiba teringat pasal bekas benih belum alih. Nasib baik air tak naik, masih boleh diselamatkan. Beberapa hari ni asal petang jer hujan, asal petang jer hujan. Alhamdulillah lah sebab tak payah kakikebun yang pergi menyiram pokok petang-petang.


Tapi hujan petang tadi cukup lebat. Sekarang ni pukul 6 baru reda. Bila kakikebun cek ramalan cuaca insyallah akan hujan sepanjang minggu ni. Terpikir juga aritu cakap dalam radio akan musim 'el nino' dah sampai makanya akan panas sampai bulan tiga. Tup tup hujan seminggu. Adakah musim tengkujuh akan kembali? Wallahuallam. Kuasa Allah siapa yang tahu kan. Seperti yang kakikebun cakap sebelum ini musim buah pun dah tak menentu inikan pula musim tengkujuh.

Apa pun yang akan berlaku baik hujan atau panas, kita sebagai hamba Allah perlu redha. Jangan sesekali mengeluh. Apa yang penting kita kena sediakan bekalan secukupnya. Kalau hujan, siapkan bekalan hujan. Bersedia menghadapi banjir. Kalau panas, siapkan keperluan2 menghadapi hari panas. Insyallah semua selamat.

Bila dah hujan panas, hujan panas ni, kakikebun risau satu perkara je. Pembiakan nyamuk Aedes, penyebar demam denggi. Kes denggi seluruh negara pun dah semakin meningkat. Ramai dah yang meninggal sebab demam denggi. Sama-samalah kita berwaspada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan