Khamis, 7 Januari 2016

Tikus boleh hidup di mana-mana sahaja

Hari ni ada kesempatan masa sikit, saya ringan-ringankan tulang mengemas setor yang dah macam apa tu. Dulu masa ada bibik disumbatkan sahaja segala jenis barang. Bukan nak susun dulu cantik-cantik. Dulang sana dengan dulang. Mangkuk dengan mangkuk, plastik dengan plastik.


Bila dah main sumbat jer ni habis berterabur barang-barang nak dicari balik dah tak jumpa. Yang jumpanya tikus! Kadang-kadang hairan juga bilik setor yang tak berapa nak ada udara tu dah lah panas semacam boleh pulak tikus ni hidup dalam tu. Apa yang dimakan pun entahlah.

Mak suruh tangkap tapi aku geli-geli kalau dengan tikus ni. Mak siap suruh hidupkan api, buang anak tikus yang aku jumpa tu dalam api. Oh! Kesiannye..

Ok cukup. Jum sambung kerja.

2 ulasan:

  1. Tikus survivor betulkan.
    Dah merantau mana-mana negara jelajah akibat ikut kapal pelayaran zaman dulu-dulu.
    Macam di Australia dulu tak de tikus. Datang orang barat habis dibawanya tikus sekali yang menyeludup duduk dalam kapal.

    BalasPadam