Rabu, 6 Januari 2016

Cara Mudah Tanam Keladi

Entah kenapa, saya suka tanam keladi. Mungkin sebab dia senang hidup dan saya rasa puas bila nampak keladi saya dah besar dan membuahkan hasil. Ada keluar anak dan sulur.


Pagi ni saya tanam 6 batang anak keladi. Saya pindah dari induk yang saya tanam bulan 8 yang lepas. Rehat jap pukul 10 update blog. Lepas tu kalau rajin sambung lagi. Kalau tak mengulor je la jawapnye. Hehehe..

Untuk 'beginners garden' memang sesuai sangatlah kalau nak tanam keladi. Pergi pasar, cari keladi yang besar, lonjong dan cantik. Ubinya diambil buat pengat, tinggalkan bahagian pangkal yang sikit tu. Korek lubang, tanam, siap. Saya pernah lah juga terpotong pangkal tu tak sengaja. Alhamdulillah hidup juga. Pernah tanam yang dah layu, ehh hidup juga Alhamdulillah. Pagi ni ada satu saya terpijak, tak sengaja. Insyallah ada rezeki hidup lah.

Tapi kalau yang duduk di rumah flat boleh ke nak tanam keladi? Tak pasti pula, sebab belum pernah cuba tanam keladi dalam pasu.  Kalau ada yang dah cuba bolehlah kongsikan di sini. 

Keladi yang saya tanam ini tak pasti pula jenis apa. Mungkin kena tanya mak lepas ni.

Saya cuba nak mempraktikkan berkebun secara organik. Jadi tak tambah baja, tiada racun. Kalau ada rumpai saya cabut, itupun kalau ada masa insyallah saya buat.

Beza tanaman keladi kali ini saya korek lubang dalam sikit biar gembur tanah. Nak bezakan denagn yang dulu saya tak korek dalam cuma buat lubang kecil sahaja.

Kadang- kadang terfikir juga boleh ke nak jual hasil-hasil kebun yang tak seberapa ni? Siapa yang nak ambil? Nak jual kat mana? Entahlah nanti dah ada banyak keladinya boleh jual dengan wak jemadi kat parit sulong tu agaknye. :)

P.s. Gambar di atas masih gambar dari wiki. Entah bila la nak betul kamera henset saya ni.

3 ulasan:

  1. Jual dekat kedai runcit dekat rumah InsyaAllah diorang ambik.
    Mak kami duduk rumah teres tapi dia jual gak hasil yang berlebihan dekat kedai runcit dekat rumah.
    Buat kawan dengan owner kedai runcit.
    Kalau kita biasa beli barang makan dekat kedainya, dia pun tak kisah nak beli hasil kita jual semula di kedai dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. boleh x saya nk beli anak benih keladi ni. lama dh saya cari jenis ini.

      Padam
  2. Insyallah nanti saya cuba. Sekarang ni keladi pun dah RM4 sekilo. Pagi tadi beli juga srbiji sebab dah terpaksa. Nak tunggu yang kebun masrh kecik.

    BalasPadam