Rabu, 20 Januari 2016

Misi Mencari Ubi Kayu

PERGI PASAR

Hari ni semua orang cuti sebab nak menjaga Aisya yang baru keluar hospital semalam. Alhamdulillah pagi ni masih sejuk badannya dan kami pun tak beri ubat demam dah. Pagi2 lagi dah beria-ria nak ikut menghantar kakak-kakak dia ke sekolah. Orang rumah ajak sarapan di warung roti canai yang terkenal di Parit Sulong. Mak pun nak ikut sekali nak pergi berbelanja di pasar. Besok Khamis, pasar tutup hari Khamis.


Mak ajak pergi mencari ubi kayu. Katanya susah betul nak cari ubi kayu sekarang ni. Orang dah tak tanam. Dah kaya2 dah orang zaman sekarang ni. Cari pusing dalam pasar takde orang jual, cari kat kedai tepi jalan kedainye tutup pula. Akhirnya kami pergi cari kerumah orang.

CARI DI RUMAH ORANG

Ubi kayu walaupun nampak sama tapi jauh berbeza antara spesisnya. Kami mencari ubi kayu yang empuk bila direbus, garing dan sedap bila di goreng. Dari jauh kitorang dah target ada dua tiga rumah yang ada tanam ubi kayu. Rumah tepi sungai.

Kami berhenti di rumah yang paling dekat. Bila diberi slam keluar anak dara dari dalam rumah. Mak pura2 nak membeli ubi kayu tapi sebenarnya nak cari benih ubi kayu yang bermutu nak tanam. Alhamdulillah ada beberapa batang ubi kayu yang sudah dipotong diletak tak jauh dari kebun. Mak pun mintak nak beli tapi  dibagi sahaja. Alhamdulillah misi berjaya. Petang nanti tanam.

KOMEN KAKIKEBUN

Tapi kalau macam ni bila baru boleh makan ubi rebus? Hmm...

Pecah Kaca Cawan Oren,
Sudah Baca Harap Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan