Jumaat, 15 Januari 2016

Maksud sebenar di sebalik rancangan "Terlajak putih, nampak"

Kakikebun bukanlah seorang yang suka tengok tv. Apalagi tengok rancangan Astro. Entah kenapa tak sengaja tertengok rancangan "Terlajak Putih, Nampak" yang dihoskan oleh Pak Nil nih. Tak perlulah rasanya nak cerita lebih2 sebab kakikebun tau orang internet ni lagi pandai dari tukang kebun yang tak pandai ni. Boleh jer bukak Youtub kan. Kakikebun terasa terpanggil nak membuat entri ini sebab puas kakikebun memikirkan kenapa diberi tajuk rancangan yang sedemikian rupa. Tajuk yang pelik. Tapi akhirnya kakikebun dapat tangkap apa maksudnya. Ok kalau nak tau teruskan membaca.


Kakikebun secara peribadi tak berapa gemar rancangan yang menunjukkan kekayaan orang lain. Kalau kakikebun dah kaya raya nanti pun (amin) kakikebun tak mau orang tv datang rumah tunjukkan semua harta benda yang ada. Bahaya woo... Zaman sekarang ni bukan boleh. Perampok ada di mana-mana. Kalau tak rompak pun, takut ada yang cemburu. Orang Melayu ni bukan boleh cemburu mula la hantar jin lah, santau lah, santet lah, macam2 ilmu hitam yang entah apa2. Kalau kau hebat sangat kau santaulah perdana menteri Israel tu.

Sedikit ulasan kakikebun tentang rancangan ini. Kakikebun rasa tokoh penjual kosmetik itu yang paling humble, walaupun banyak harta. Segan nak cakap harga sesuatu barang walaupun ditanya paknil berkali2. Asyik ketawa jer. Siap kenalkan lagi dengan pembantu rumah. Yang paling kesian kakikebun tengok adalah tokoh penjual ubat  yang beli kereta ferrari tapi tak dapat nak jual balik, sebab tak laku. Rasanya takde towkey yang beli perreri sebab nak jual balik. Simpan jer la kat dalam setor bawah tanah awak tu. Insyallah lagi 40-50 tahun naik harga dia. Nak kakikebun tolong simpankan pun boleh.

OK, berbalik semula kepada cerita asal kita iaitu maksud sebenar disebalik tajuk "Terlajak Putih, Nampak". Tajuk itu diambil sempena tag-line ketiga-tiga tokoh yang berada dalam rancangan itu sebenarnya.

"Terlajak" sempena tagline tokoh ubat kuat "Terlajak Laris".

"Putih" pula sempena tag-line tokih penjual ubat memutihkan kulit "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh".

Sementara "Nampak" pula adalah tagline tokoh kosmetik terunggul di Malaysia "Nampak Lawa, Nampak Lawa".

Maka jadilah rancangan "Terlajak Putih, Nampak".

Apa pula tag-line yang kakikebun nak cipta untuk jadi kaya raya dan dapat masuk tv ni? Kalau kakikebun jadi penerbit Astro kakikebun buat rancangan "Qu Lawa, Barulah Laris". Hmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan