Ahad, 24 Januari 2016

Cara betul mendapatkan buah labu

Kakikebun mengaku memang kakikebun tak pernah sekali pun merasa Labu yang kakikebun tanam sendiri. Semuanya tak hidup selang dua tiga hari buahnya gugur. Asyik dapat makan sayur daun Labu sahaja.


Tapi kini Alhamdulillah, setelah kakikebun riki-riki dekat internet. Rupanya Labu ini kena melalui proses yang agak susah untuk mendapatkan buahnya.

Ok caranya begini:-
1. Pastikan mana satu bunga jantan, mana satu bunga betina. Bunga jantan tirus sahaja, manakala bunga betina ada buah dibahagian pangkal bunga. Gambar yang di atas itu adalah contoh bunga betina.

2. Kahwinkan bunga tersebut. Ambil atau patahlan bunga jantan yang sudah berkembang. Ambil bahagian debunganya dan letakkan di bahagian debunga betina di tengah tengah. Debunga jantan berwarna kuning manakala debunga betina berwarna oren sedikit.

3. Ikat bunga betina menggunakan tali rafia seperti yang kakikebun buat di atas untuk mengelakkan serangan makhluk perosak.

4. Siap. Tanda proses ini berjaya adalah bunga hanya akan gugur selepas dia layu dan kering dan buahnya kekal di pangkal. Anda perlu cuba beberapa kali sehingga berjaya.

Alhamdulillah ada sebiji yang kakikebun berjaya kahwinkan dan sekarang tengah membesar. Besok kakikebun ambik gambar insyallah.

Pecah kaca cawan oren
Sudah baca harap komen

1 ulasan:

  1. Baru saya tahu rupanya kena debungakan dia. Tq kongsi ilmu.. mohon share ya.

    BalasPadam