Isnin, 11 Januari 2016

Cara mudah tanam kunyit hidup

Alhamdulillah seronok tengok pokok kunyit yang merimbun-rimbun. Boleh ker nak jual tu? Tak pasti pula. Hehe.. Pokok kunyit adalah antara yang agak susah juga nak hidup. Ikut nasib. Kadang kala tumbuh. Kadang kala tidak. Dan selalunya apa yang berlaku memang dia tak tumbuh bila di tanam secara terus ke tanah.


Ada beberapa tips yang saya nak kongsi dengan semua beginners gardener kat luar sana yang ingin menanam kunyit hidup. Ini cara yang saya praktikkan. Bukanlah satu-satunya cara yang terbaik. Insyallah tak rugi mencuba.

Baik, begini caranya:-
1. Pergi ke kedai atau pasar yang menjual kunyit hidup.
2. Pilih kunyit yang sudah keluar mata tunas. Lagi besar mata tunas, lagi bagus. Kalau dah keluar daun dia lagi senang. Haha, senangkan? Tak payah nak susah2 bagai. Tapi yang susah nya adalah tidak banyak kedai yang kunyitnya dah keluar mata tunas. Kena pergi 2-3 kedai baru jumpa.
3. Mata tunas ni senang dikenalpasti. Warna dia sedikit keputih-putihan. Menandakan kunyit itu dah sedia untuk mengeluarkan pucuk.
4. Sediakan tanah dengan komposisi 50% pasir, 50% tanah biasa. Tanam kunyit yang anda beli lebih kurang sedalam 2-3 inci dalam tanah. Siram 2 kali sehari. Medium pasir ini memudahkan anak pokok bercambah dan supaya anak pokok tidak teremdam air yang banyak hingga terencat tumbesarannya. Biasanya daun keluar dalam masa seminggu atau 2minggu.
5. Setelah dah keluar daun dan anak pokok dah setinggi sejengkal, alihkan anak pokok ke tanah biasa atau tanah bercampur kompos. Ini untuk membantu pembesaran yang maksimum.

Bila kita dah pindah ke tanah ini kita akan lihat anak pokok membesar dengan sihat insyallah. Tak perlu baja pun tak mengapa. Saya perasan kalau nak pokok kunyit yang besar, anak pokok kunyit ini perlu ditanam ditempat yang panas tapi sedikit terlindung. Maksud saya cahaya matahari pukul 10 pokok masih terlindung cahaya matahari. Dan bila petang pukul 4 dah terlindung cahaya terik matahari.

Kalau perasan di dalam gambar diatas, pokok yang tegak bawak cahaya matahari di sebelah kanan lebih kecil dari yang sedikit terlindung dengan pondok di sebelah kiri.

Okay. Semoga berjaya.

Terus pergi kedai sekarang juga. :)

4 ulasan:

  1. Bila bela ayam ni susah gak nak tanam kunyit. Habis dimakan daun-daunnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh la, susah juga kalau macam tu. alhamdulillah kat sini ayam tak makan daun kunyit. Entah makan Ape agaknye. Hehe..

      Padam
    2. Tentu la ayam makan dedak kahkahkah...apa la sedara nih

      Padam
  2. Hehhehe. Bagi ja ayam tu mkn nasi kenyang2

    BalasPadam