Isnin, 4 Januari 2016

Tanaman baru

(gambar wiki)

Petang tadi sempat juga menyiram air di kebun belakang. Kesian pokok banyak yang dah kering. Cuaca mendung macam nak hujan tapi hujannyer tak turun-turun.


Lepas tu saya siapkan pot hitam yang saya beli kat kedai plastik pagi tadi. Harga RM7 jer ada 10 x 10 lubang, seratus lubang jugak tu.

Mak suruh tanam benih buah jambu batu yang dah dikeringkan bijinya. Lepas tu saya tambah pokok jagung, percubaan kali ketiga selepas dah 2 kali tak berjaya tanam jagung. Entah apa yang tak betul ntah. Campur lagi benih lada benggala yang dah bercambah saya pindah masuk. Campur satu lagi benih strawberi 🍓 yang saya ambil dari cuti-cuti Cameron Highland yang lepas. Insyallah kalau ada rezeki tumbuhlah.

Nak campur benih tomato ceri yang saya keringkan tempoh hari, tapi dah takdek. Ada la yang rajin buang tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan